Firman Allah SWT surah
al-Baqarah ayat 34 yang bermaksud:
وَاِذْ قُلْنَا لِلْمَلٰٓئِكَةِ
اسْجُدُوْا لِاٰدَمَ فَسَجَدُوْٓا اِلَّاۤ اِبْلِيْسَ ؕ اَبٰى
وَاسْتَكْبَرَ ۖ وَكَانَ مِنَ الْكٰفِرِيْنَ
"Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir." (QS. AL-Baqarah: Ayat 34)
Iblis boleh
bercakap dengan tuhan. Iblis telah melihat syurga dan neraka. Tetapi oleh
kerana keangkuhan dan kesombongannya dia mengingkari perintah Allah SWT.
Para malaikat
mematuhi perintah Allah. Malaikat sujud kepada nabi Adam tetapi iblis ingkar.
Iblis berkata dia lebih baik daripada Adam kerana Adam dijadikan daripada tanah
sedangkan dia dijadikan daripada api.
Iblis mengangkat
dirinya sendiri. Iblis menjadi kafir dengan sebab keingkarannya untuk sujud
kepada Adam.
Tidak hairanlah di
zaman kita ini ada kalangan mereka yang mengetahui agama tetapi melawan
hukum-hukum Allah SWT.
NAUZUBILLAHI
MINZALIK
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment