Peperangan
Uhud mengorbankan 70 orang syuhada. Antara yang gugur syahid ialah pahlawan
hebat seperti Saidina Hamzah, bapa saudar nabi.
Setelah
bukit kecil dapat ditawan semula oleh tentera Islam, Abu Sofian bersama bala
tenteranya tidak berani lagi melawan dan terus pulang ke Mekah.
Nabi dan
sahabat balik ke Madinah dalam keadaan sedih. Ramai yang masih cedera dan ada
yang terpaksa dipapah. Melihat keadaan demikian orang munafik pun mengangkat
kepala mempersenda-sendakan nabi dan para sahabatnya.
Golongan
munafik berkata, “Kalau ikut cadangan aku, berperang di Madinah tidak berlaku
macam ini”. Mereka mempermain-mainkan.
Nabi pun
mangambil langkah untuk mengejar musuh. Nabi mengarahkan semua mereka yang
terlibat dengan perang Uhud sahaja yang masih hidup termasuk yang cedera
hendaklah dikumpulkan. Setelah dikumpulkan nabi pun bergerak mengejar musuh.
Abu Sofian
yang hendak balik ke Mekah berhenti di tengah jalan dan berkhemah sekejap,
Allah Ta’ala memberi pertolongan dengan memasukkan ke dalam hati dan tenteranya
perasaan gerun dan takut lalu melarikan diri ke Mekah.
Nabi pun
mengajak bala tentera balik semula ke Madinah sebagai satu langkah untuk
memulihkan semangat para sahabatnya.
Ini memberi
gambaran bahawa mereka tidak kalah kerana boleh meneruskan perjuangan.
Peristiwa
perang Uhud juga menunjukkan bahawa Rasulullah seorang yang berani.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment