Firman Allah
SWT bermaksud, “Apa-apa yang ditimpa musibat di bumi (seperti kemarau,
kurangnya hasil pertanian, gempa bumi, banjir dan sebagainya) dan juga yang
menimpa manusia dan juga yang menimpa diri kamu sendiri (sakit, uzur, kemalangan,
rugi dalam perniagaan, jatuh pangkat dan sebagainya) semua perkara itu
melainkan ia dinyatakan di dalam kitab yakni dalam Luh Mahfuz yang menulis
semua perkara yang berlaku di dalam ilmu Allah yang tidak terhingga”
Sebelum
sesuatu perkara menjadi kenyataan, semuanya dicatat di dalam Luh Mahfuz. Perkara
itu kepada Allah adalah terlalu mudah.
Bagaimana
semut yang halus yang merayap di atas batu yang hitam di waktu malam yang gelap
pun Allah SWT tahu. Apa yang ada di dalam perut semut itupun Allah SWT.
Semuanya itu mudah bagi Allah kerana Dia yang menjadikannya dan ditulis
semuanya dalam Luh Mahfuz.
Di sini
menunjukkan bagaimana rapinya pentadbiran Allah SWT.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment