Satu peristiwa telah berlaku di
zaman nabi SAW tentang pentingnya keta’atan isteri kepada suami.
Satu ketika sedang sembahyang
hari raya nabi ketika itu bersama sahabat dan nabi duduk di depan, sahabat nampak
nabi SWT sedang mengangkat tangan dan mendengar nabi sebut perkataan “Amin,
amin, amin”.
Sahabat tidak mendengar apa doa
nabi tetapi mendengar nabi menyebut amin sebanyak tiga kali. Selesai sembahyang
sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, kami nampak macam Rasulullah berdoa tetapi
kami tidak mendengar apa yang Rasulullah berdoa. Yang kami dengar hanya
perkataan amin sahaja”
Rasulullah menjawab, “Sebentar tadi
Jibril datang. Jibril berdoa dan aku aminkan doanya”.
“Apakah doanya ya Rasulullah”,
tanya sahabat.
“Pertama Jibril berdoa ya Allah jangan
Engkau menerima ibadat sepanjang bulan Ramadan oleh anak-anak yang derhaka
kepada kedua ibu-bapa mereka, lalu nabi aku sebut amin.
Kedua, Jibril berdoa ya Allah
jangan Engkau menerima ibadat sepanjang bulan Ramadan oleh orang-orang yang
tidak mahu memaaf kesalahan orang lain, dan aku jawab amin.
Akhirnya Jibrail berdoa, ya Allah
jangan Engkau menerima ibadat sepanjang bulan Ramadan oleh isteri-isteri yang
derhaka kepada suami mereka dan aku jawab amin”
Doa-doa itu dibaca oleh Jibril
dan aminkan dan kita nampak Allah akan menolak doa ini.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment