Apabila jahiliah di seluruh
semenanjung tanah Arab bersatu dalam barisan bersekutu untuk memerangi
Rasulullah SAW, orang-orang Yahudi pula melakukan khianat dari dalam dengan
memungkiri janji, negara Islam berada dalam ancaman yang menggegarkan.
Tidak ada manusia boleh mengatasi
keadaan seperti itu tetapi Rasulullah SAW dapat menghadapinya dengan keimanan
dan pendirian yang tiada bandingannya berakhir dengan pengunduran semua tentera
musuh dan keputusan yang tegas oleh Saat bin Muaz dengan hukum Allah dan
Rasul-Nya kepada musuh yang khianat dengan dibunuh orang-orang lelaki.
Perempuan dan kanak-kanak ditawan
sehingga dalam satu hari 400 orang dihukum bunuh dan seterusnya meneroka jalan
untuk para sahabat RA menumbangkan empair Farsi dan Rom yang menjadi kuasa
besar dunia di zaman itu.
Kisah ini menggambarkan bahawa
Rasulullah SAW adalah seorang yang berani.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment