Tuesday, October 25, 2016

SEMUA DICELUP DENGAN ISLAM



Firman Allah Ta’ala, “Celupan Allah, siapa yang lebih baik celupannya selain daripada Allah dan kami mengabdikan diri kepada-Nya”

Apabila nabi Muhamad SAW menegakkan Islam di Madinah nabi memerintah, “Semua perkara yang baik daripada umat lain kita ambil”.

“Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China”, walaupun hadis ini bukan sahih, kalau ada ilmu China yang baik, hendaklah kita menerimanya tetapi ilmu itu dicelup dengan Islam. Segala Ilmu yang baik daripada Amerika, daripada Rome dan lain-lain boleh diambil dan dicelup dengan Islam. Ilmu yang tidak baik hendaklah ditolak.

Ilmu Islam tetap baik. Ilmu-ilmu lain ada baik dan ada buruk. Arab ada yang buruk. Abu Jahal dan Abu Lahab adalah Arab. Mereka ini bukan sahaja Arab, tetapi di Mekah pula, made in Mekah. Oleh kerana mereka jahiliah maka mesti ditolak.

Salman nul Farsi dari negeri Farsi (Iran) tetapi dia masuk Islam dan nabi bersabda, “Salman daripada kalangan kami, anak beranak kami walaupun dia daripada negeri Farsi”.

Begitulah kita orang Islam, kita mengambil semua yang baik daripada bukan kita dan kita masukkan dalam celupan Islam. Islam tidak boleh tumpang dengan yang lain tetapi yang lain-lain boleh tumpang dengan Islam. Islam ini besar dan daripada Allah SWT yang Maha Suci daripada segala sifat kekurangan. Cukuplah kita dengan Islam dan kita mengabdikan diri kepada Allah SWT.

KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment