Kepercayaan kepada Allah SWT hendaklah daripada asas-asasnya
menurut apa yang dinyatakan oleh Islam.
Beriman kepada Allah mestilah mengikut dasar yang betul atau asas
yang betul. Jika asas salah maka imannya tidak sah, kafir juga. Ramai orang
kafir percaya kepada Allah dan mereka juga menyebut nama Allah sama ada Yahudi,
Kristian, musyrikin Arab, Hindu dan sebagainya.
Quran menyebut, “Dan jika ditanya mereka siapakah yang menjadikan
langit dan bumi nescaya mereka menjawab Allah”.
Menunjukkan bahawa perkataan Allah disebut oleh orang yang bukan
Islam. Tetapi sebutan mereka tidak memberi makna yang sebenar kerana dasarnya
tidak betul dan maksudnya tidak betul.
Perkataan Allah bermakna Ia sahaja tuhan, tiada tuhan yang lain. Mereka menyebut Allah tetapi
dalam waktu yang sama mereka mengadakan tuhan-tuhan yang lain daripada Allah.
Bagi mereka Allah pada sebutan sahaja.
Kepercayaan kepada Allah SWT hendaklah daripada asasnya yang
menurut apa yang dinyatakan oleh Islam dan diberitahu oleh Rasul-Rasul ASTS.
Semua Rasul adalah Islam. Tidak ada nabi dan Rasul yang menganut agama lain
daripada Islam.
Adapun dakwaan orang Yahudi bahawa nabi Musa Yahudi, nabi Isa
Kristian, ada juga mengatakan nabi Ibrahim Kristian adalah tidak betul. Semua
nabi dan Rasul-Rasul adalah Islam. Islam ialah agama yang asal,
satu-satunya agama yang diiktiraf olah Allah SWT.
Firman Allah Ta’ala bermaksud, “Sesungguhnya Din di sisi Allah
ialah Islam, dan sesiapa yang menuntut, yang berpegang, yang mengikut lain
daripada Islam maka dia tidak diterima dan di akhirat kelak termasuk di
kalangan orang yang rugi kerana ditolak Allah SWT”.
Asas yang yang penting beriman kepada Allah ialah yang pertama,
beriktikad dengan wajib wujudnya Allah SWT, yang tidak berhajat kepada yang
mengadakannya dan Ia bersifat dengan segala sifat kesempurnaan iaitu bersifat
dengan Kudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’, Basar dan lain-lain.
Ini diketahui dan difahami dengan ilmu yakin dengan pengetahuan
yang dipercayai, dengan melihat kejadian alam. Diketahui bahawa segala sifat
kesempurnaan-Nya itu meliputi makna yang tidak terbatas. Al-Quranul Karim telah
menyatakan kepada kita berhubung dengan sifat-sifat tersebut.
Pertama kita mesti percaya bahawa Allah SWT itu ada. Dan ada Allah
SWT itu wajib, bukannya harus. Wajib ialah ada yang tidak ada TIADA
sekali-kali, ada yang tidak ada mula bagi-Nya, ada yang tidak ada kesudahan,
ada yang tidak ada siapa yang mengadakan-Nya.
Makhluk ada juga, tetapi permulaannya tiada kemudian tuhan
mengadakannya. Tetapi ada Allah SWT ada yang tidak siapa yang mengadakan-Nya.
Kita tidak mampu hendak berfikir, itulah Dia tuhan. Jika kita mampu berfikir
itu makhluk bukannya tuhan. Tuhan mestilah hebat dan tidak terhingga
kehebatan-Nya, tidak terhad kesempurnaan-Nya.
Kedua, kita mesti percaya Allah Ta’ala bersifat dengan sifat-sifat
yang wajib, sifat-sifat yang mesti ada pada-Nya. Sifat-sifat ini dinyatakan
oleh al-Quranul Karim. Antaranya yang kita belajar sifat 20, antaranya yang
tidak disebut dalam sifat 20.
Dalam sifat 20 – Kudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’ Basar, Kalam
dan lain-lain. Ini dikenali di kalangan masyarakat kita.
Ada sifat-sifat yang tidak diajar dalam sifat 20. Contoh, Allah Ta’ala
Redha, Allah Ta’ala murka, Allah Ta’ala adil, Allah Ta’ala bijaksana. Ini
adalah sifat-sifat yang wajib bagi Allah.
Kita kena memahami bahawa sifat-sifat Allah tidak sama dengan
sifat makhluk, berbeza dengan sifat makhluk. Allah Ta’ala mendengar, makhluk
juga mendengar. Pendengaran makhluk adalah terhad, tidak ada suara tidak
dengar. Bila jauh walaupun ada suara tidak dengar juga.
Allah Ta’ala mendengar semua sekali. Semut bercakap pun Allah
Ta’ala dengar. Cakap dalam hati pun Allah Ta’ala dengar. Jauh dan dekat tidak
ada beza di sisi Allah Ta’ala. Begitulah juga sifat-sifat yang lain.
Firman Allah Ta’ala yang menunjukkan asas yang tersebut:
Al-Ĥashr:22
– 24 bermaksud, “Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang
Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani.
Dia
lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam);
Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha
Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang
Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala Kebesaran-Nya.
Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan dengan-Nya.
Dia
lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada
kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhluk-Nya menurut yang
dikehendaki-Nya); bagi-Nyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan
semulia-mulianya; bertasbih kepada-Nya segala yang ada di langit dan di bumi;
dan Dia lah Yang tiada banding-Nya, lagi Maha Bijaksana”.
Ayat
ini adalah ayat yang paling hebat. Disebut di dalamnya adanya Allah, disebut di
dalamnya nama-nama yang baik bagi Allah. Di sebut di dalamnya sifat-sifat bagi Allah Ta’ala,
tasbih dan tahmid. Dinyatakan semua
makhluk yang ada di langit dan di bumi bertasbih memuji dan memuja Allah, memeprsucikan Allah daripada segala sifat
kekurangan.
Allah Ta’ala tidak sama dengan
makhluk-Nya. Allah Ta’ala tiada bandingan dan tiada tandingannya. Kita mesti
percaya sekadar apa yang diberitahu kepada kita oleh nabi-nabi dan rasul-rasul
yang berakhir dengan nabi Muhamad SAW dan ilmu yang disampaikan oleh ulamak
yang muktabar.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment