Umat Islam
hendaklah menunaikan tiga perkara yang penting.
1. Menyeru
kepada kebaikan yakni mengajak orang kepada Islam.
Tidak boleh
diam sahaja, mesti berdakwah mengajak orang kepada Islam sebagaimana Islam yang
dibawa oleh nabi Muhamad SAW. Orang belum Islam diajak masuk Islam dan orang
sudah Islam diajak beramal dengan ajaran Islam.
Sekiranya
mereka meninggal ajaran Islam atau mengerjakan yang haram, mengajak mereka kepada
ajaran Islam dengan menyebarkan ilmu pengetahuan Islam secara lisan dan tulisan
serta menunjukkan akhlak yang baik.
Pendakwah
zaman dahulu, keluar meninggalkan tanah air untuk berniaga, tetapi berniaga
bukanlah matlamat mereka. Matlamat sebenar ialah berdakwah. Perniagaan
dijadikan landasan untuk berdakwah.
Kita hari
ini berbeza dengan pendakwah zaman dahulu. Perniagaan bagi kita dijadikan asas,
berdakwah hanya sampingan sahaja.
2. Menyuruh
kepada yang baik.
Setelah
masuk Islam, suruh mereka beramal dengan ajaran Islam.
3. Mencegah
kemungkaran.
Kita wajib
menghalang mereka daripada melakukan kemungkaran.
Kewajipan
menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran dan dakwah kadang-kadang
menjadi fardu ain dan kadang menjadi fardu kifayah.
Fardu ain
atas tiap-tiap orang Islam yang mampu menjalankan kewajipan itu. Fardu kifayah,
mesti ada kalangan orang Islam yang menjalankan kerja ini. Kalau tidak ada maka
berdosalah satu umat, berdosalah satu negeri dan berdosalah satu kampung.
Menyuruh
kepada yang baik dan mencegah kemungkaran juga diWAJIBkan secara Jemaah. Mesti
ada Jemaah, pertubuhan atau organisasi yang menjalankan kerja dakwah, amal
makruf dan nahi mungkar.
Kita sebagai
orang awam diwajibkan pula melazimi jumaah itu.
Mesti ada
ketiga-tiga perkara itu. Tidak memadai mengajak orang sembahyang, puasa dan
buat umrah sahaja, judi, arak dan seumpamanya dibiarkan.
Perkara ini
dihuraikan oleh beberapa hadis. Antaranya, sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa di kalangan
kamu melihat perkara yang mungkar hendaklah mengubah dengan tangan, kalau tidak
mempu maka dengan lidah, (memberi nasihat, teguran), jika tidak mampu juga
hendak benci di dalam hati dan benci dalam hati adalah selamah-lemah iman”.
Mereka yang
telah menjalankan kewajipan amal makruf dan nahi mugkar ini antaranya ialah
sabda Rasulullah SAW, “Tiada seseorang nabi yng dilantik oleh Allah di kalangan
umat sebelum aku melainkan Allah mengadakan di sisi nabi itu sahabat-sahabat
yang setia dan pengikut-pengikut yang patuh”.
Mereka
mengikut ajaran nabi dan berjuang bersama dengan nabi dan menyambung perjuangan
nabi bila nabi wafat. Kemudian berlaku penyelewengan. Ada orang membuat perkara
yang dilarang oleh agama dan ada pula yang meninggalkan perkara yang disuruh
oleh agama.
Sesiapa yang
berjihad menentang dengan tangannya maka dia beriman, sesiapa yang menentang
dengan lidahnya maka dia beriman, sesiapa yang berjihad menentang dengan
hatinya maka dia beriman maka tidak ada iman lagi selepas itu walaupun sebesar
biji sawi yang halus.
Perkara yang
mungkar yang kufur yang menyeleweng dari hukum Islam, sebagai contoh, kekufuran
yang berlaku di akhir zaman ini ialah orang menghina Islam. Orang membuat
main-main dengan Islam, mencela Islam dan ini kemungkaran yang paling besar.
Tiba-tiba kita tidak benci, tidak benci bermakna redha. Jadi redha dengan
kekufuran menjadi kufur juga. Kita hendak benci kepada kekufuran.
Kalau kita
redha dengan kemungkaran yang maksiat maka maksiat juga. Kalau tidak mampu
mencegah dengan tangan dan tidak mampu cegah dengan lidah dan kalau tidak mampu
juga maka hendaklah benci dalam hati.
Kita mesti
tunjukkan yang kita tidak bersetuju dengan maksiat itu. Tidak bersetuju
maknanya jangan pergi ke tempat maksiat itu atau pulaukannya.
Dalam hadis
yang lain sabda Rasulullah SAW, “Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan
kamu mencegah kemungkaran atau kamu senyap tidak menjalankan kewajipan itu lalu
Allah menjadikan orang-orang jahat memimpin dan memerintah kamu, lalu
orang-orang yang baik berdoa, doa mereka tidak diperkenankan oleh Allah SWT”.
Ini akan
berlaku dalam masyarakat kerana tiada orang menjalankan amal makruf dan nahi
mungkar. Orang membuat apa-apa pun kita senyap sahaja lalu tuhan jadikan orang
maksiat, orang rasuah dan orang zalim menjadi pemimpin dan pemerintah.
Akibatnya, orang haik-baik, yang berulang-alik ke masjid dan yang duduk di
masjid berdoa atas sejadah, doa mereka tidak dimakbulkan.
Keistimewaan
yang ada pada umat Muhamad SAW ialah akan ada golongan yang menjalankan
kewajipan amal makruf dan nahi mungkar ini. Bukanlah macam umat Bani Israil,
bukanlah seperti umat zaman dahulu. Ini dijamin oleh nabi SAW. Selagi dunia
belum kiamat akan ada golongan yang mencegah kemungkaran dan menyeru amal
makruf walaupun Islam tidak memerintah.
No comments:
Post a Comment