Tuesday, October 25, 2016

ULIL ALBAB YAKIN SEMUA AYAT QURAN


Ulil albab juga disebut dalam surah al-Imran, “Ayat ini menyatakan Allah Ta’ala menurunkan kitabnya dan dalam kitab itu ada ayat muhkamat dan ayat mutasya bihat.

Ayat-ayat muhkamat ialah ayat jelas hukumnya. Ayat mutasya bihat ialah ayat yang tidak jelas hukumnya.

Ayat yang jelas mereka terima, mereka yakin dan ayat yang tidak jelas pun mereka beriman dan mereka menyerah diri kepada Allah SWT. Itu semua daripada Allah SWT. Semua ayat itu baik yang muhkamat mahu pun ayat mutasya bihat adalah daripada Allah. Semuanya itu diambil pengajaran oleh ulil albab.

Kiranya ayat Quran dibaca sahaja dan memakai ayat-ayat lain daripada apa yang ditunjuk oleh Allah kerana tidak yakin adalah bukan ulil albab.
Inilah yang disebut oleh ulama bahawa orang yang membaca Quran, tetapi Quran melaknatnya kerana mempermain-mainkan ayat Quran.

KULIAH TAFSIR YT


No comments:

Post a Comment