Tuesday, October 25, 2016

KESAN PERUBAHAN EMOSI KEPADA HAID



Setiap tekanan yang berlaku kepada wanita memang ada kesan terhadap haidnya. Ada wanita kalau dekat peperiksaan haid tidak datang. Kadang-kadang kalau ada tekanan haid mungkin datang terlalu kerap atau tidak datang langsung. Bila dalam normal kitaran haid menjadi normal semula.

Jadi perubahan emosi boleh memberi kesan kepada kitaran haid. Atau bila hendak datang haid emosi akan berubah menjadi tidak stabil seperti rasa hendak marah.

Antara penyebabnya ialah ada hormon yang membuat wanita rasa lain daripada biasa. Jika wanita itu bos akan memberi kesan negatif terhadap pekerjanya, suami dan juga anak-anak. Wanita sebegini perlu mendapat rawatan.

Haid ini bukanlah menjijikkan, bukanlah menandakan wanita lebih lemah atau lebih hina, tetapi sebagai penanda yang kita diberi oleh Allah dengan kesihatan. Bukan sahaja emosi tetapi keseluruhan tubuh badan memberi kesan kepada kitaran haid.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment