Firman Allah Ta’ala surah
Ar-Rahman ayat 14 maksudnya, “Tuhan menciptakan manusia (lembaga Adam) daripada
tanah liat yang dibakar laksana tembikar”.
Tuhan perintahkan malaikat
mengambil tanah liat, diuli dan dibakar tanah liat itu untuk dibentuk lembaga
nabi Adam AS. Ada ulama mengatakan tanah litu dicampur dengan pasir yang
dimasak sehingga menjadi keras. Begitulah ciptaan nabi Adam AS.
Firman Allah Ta’ala surah
Ar-Rahman ayat 15 maksudnya,
Allah SWT berfirman:
وَخَلَقَ الْجَآنَّ مِنْ مَّارِجٍ مِّنْ نَّارٍ
"Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;"
(QS. Ar-Rahman: Ayat 15)
"Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;"
(QS. Ar-Rahman: Ayat 15)
Diambil pucuk api yang bernyala
dijadikan jin dan dimasukkan pertama, nabi Adam AS bapa kepada manusia dan yang
kedua ialah iblis, bapa kepada jin. Tuhan jadikan jin lebih awal daripada
manusia. Iblis melahirkan zuriat-zuriatnya.
Iblis melakukan kejahatan bersama
dengan puak-puak mereka. Lalu tuhan perintah malaikat menyerang kumpulan jin
dan menawan ketuanya iaitu iblis. Iblis dibawa ke langit, dapat melihat syurga
dan neraka serta boleh berdialog dengan Allah Ta’ala.
Allah SWT mencipta Adam daripada
tanah liat yang dibakar. Bila ditiup ruh Adam pun bingkas bangun. Tuhan
menyuruh malaikat dan iblis sujud kepada Adam. Malaikat sujud tetapi iblis
tidak sujud.
Di sini timbul sifat buruk yang
ada pada iblis. Oleh itu iblis tidak layak menjadi khalifah di bumi. Iblis
dilaknat oleh Allah SWT.
Adam kemudian diletak di dalam
syurga untuk dididik. Adam diajar makan minum, diajar bagaimana bercampur suami
isteri, diajar haram dan halal. Adam diharamkan memakan buah kayu untuk
menyatakan halal dan haram. Tiba-tiba Adam digoda oleh iblis dan Adam bersama
dengan Hawa memakan buah kayu yang dilarang oleh Allah SWT.
Adam dan Hawa dihalau keluar.
Iblis juga dihalau keluar dari syurga. Adam dan Hawa bertaubat tetapi iblis
tidak bertaubat. Ini bezanya antara Adam dan iblis.
Adam bertaubat, “Wahai tuhan
kami, kami menzalimi diri kami sendiri, jika sekiranya Engkau tidak mengasihani
kami nescaya kami termasuk di dalam orang-orang yang rugi”.
Allah Ta’ala menerima taubat nabi
Adam AS dan Hawa. Dalam zuriat Adam ada yang bertaubat bila membuat salah.
Dalam zuriat Adam ada juga yang mengikut iblis dan kafir sampai ke mati.
Di kalangan jin pula ada yang
mengikut Adam yang masuk Islam dan ada yang mengikut iblis terus sampai ke
mati.
Ini berlakunya pecahan dalam
kehidupan dunia.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment