Di
Afganistan, di Iraq dan Palastin, ada orang yang benar janji mereka dengan
Allah. Mereka berjuang sanggup mati menentang tentera bersekutu dan tentera
Yahudi yang berlipat kali ganda besarnya. Ada antara mereka berperang dengan
senjata buruk, senjata lama, senapang patah melawan dengan senjata otomatik,
senjata yang canggih, mereka tidak berundur.
Bahkan di
Palastin mereka berlawan dengan batu. Macam mana berlawan dengan menggunakan
batu, tidakkah ini bunuh diri. Ini bukan bunuh diri.
Allah Ta’ala
memberi kekuatan iman kepada orang Islam. Bila imannya kuat, bila berlawan
dengan musuh, tuhan tambah lagi imannya dan menggerunkan musuh. Berlakulah
pertolongan Allah selepas itu.
Ketika
rakyat Afganistan menentang Soviet, salah satu kuasa besar dunia, pada
peringkat awal mereka menyerang waktu malam dengan senjata lama dan dengan
golak, mereka serang rampas senapang, serang rampas senjata, serang rampas
kereta perisai dan akhirnya mereka ada senjata sedikit demi sedikit. Bukan
menang selalu.
Mereka
menggunakan tektik untuk menyerang hendap musuh. Ini yang berlaku di Iraq,
Palastin dan Afganistan. Orang Islam tidak boleh menyerah kalah. Ada kalangan
mereka yang mati gugur syahid dan ada antara mereka menunggu giliran.
Ada
tanda-tanda Allah menunjukkan pertolongan-Nya. Antara mayat yang mati itu harum
baunya, ada antara mayat yang mati berbulan-bulan lamanya tidak hancur, dan ini
dilihat oleh penduduk Afganistan, penduduk Iraq dan penduduk Palastin.
Ada jenazah
yang dihantar ke kubur bukan sahaja dihantar oleh orang, dihantar oleh
burung-burung yang berarak sama menghantar ke kubur. Mungkin bala tentera
malaikat, wallahu ‘alam.
Orang yang
tidak percaya kepada benda-benda yang ghaib menganggap perkara ini dogeng
semata-mata. Hanya orang beriman sahaja percaya kepada perkara ini.
Muslimat-muslimat
di Palastin berpuluh-puluh orang menyelamatkan mujahidin yang dikepung di
masjid. Satu peristiwa yang terkenal di Palastin di masa lalu. Ketika mujahidin
Hamas dikepung dalam masjid oleh bala tentera Israil yang menyerang dengan
hebat untuk menawan mujahidin bila-bila masa sahaja, tiba-tiba berpuluh-puluh
orang muslimat mengadakan perarakan dan merempuh kepungan tentera Israil dengan
tangan kosong.
Mereka masuk
ke dalam masjid beramai-ramai bersama dengan mujahidin yang berada dalam
masjid, lalu tentera Israil menembak dengan gas pemedih mata kerana mereka
takut juga hendak menembak orang perempuan, takut dipandang oleh dunia. Dalam
beberapa saat mujahidin yang duduk dalam masjid dapat melepaskan diri mereka
daripada kepungan tentera Israil. Muslimat berfikir menyelamatkan mujahidin
adalah lebih penting daripada nyawa mereka.
Perkara yang
demikian bukan sahaja berlaku di zaman nabi bahkan akan ada golongan Islam yang
berjihad sehingga hari kiamat sebagaimana yang dijanjikan oleh nabi Muhamad
SAW.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment