Firman Allah
Ta’ala, “Orang-orang yang kami memberi kepada mereka kuasa memerintah di bumi,
(negeri Madinah) mereka mendirikan sembahyang, mereka menunaikan zakat, mereka
menyuruh kepada yang baik, dan mereka mencegah kemungkaran”
Allah Ta’ala
menyebut mereka mendirikan sembahyang, Allah Ta’ala tidak menyebut mereka
mendirikan masjid, kerana Allah Ta’ala tahu bahawa mendirikan masjid belum
tentu lagi sembahyang, tetapi mendirikan sembahyang sudah tentu memerlukan
masjid.
Ada yang
membuat masjid bukan untuk sembahyang tetapi untuk melawan Islam.
Firman Allah
SWT bermaksud, “Dan orang-orang yang mendirikan masjid dhirar, masjid yang
didirikan untuk kemudaratan kepada orang yang beriman, membuat masjid bertujuan
untuk merusak orang beriman iaitulah golongan munafik di zaman nabi membuat
masjid yang boleh berteduh di musim panas dan tahan di musim sejuk. Selesa
bersembahyang dalam masjid itu dan masjidnya lebih cantik daripada masjid yang
nabi buat.
Mereka
menjemput nabi, “Ya Rasulullah marilah sembahyang di masjid kami”.
Rasulullah
kata, “Nanti dulu aku hendak pergi ke Tabuk kerana hendak berperang di tabuk”
Jemput nabi
sembahyang untuk melambatkan jihad. Membuat masjid bertujuan melambatkan jihad.
Mereka mendirikan sembahyang dengan diimani oleh orang muda yang sedap membaca
Quran. Orang muda, orang suruh menjadi imam dia pun menjadi imam sembahyang.
Nabi pun
pergi ke Tabuk. Dalam perjalanan balik
dari Tabuk Allah SWT menurunkan ayat mengatakan masjid yang didirikan oleh Abu
Amir Arrahid adalah masjid dhirar bukan masjid kerana Allah SWT walaupun
imamnya sedap bacaannya nabi menyuruh bakar masjid itu.
Lalu
beberapa orang sahabat pergi membakar masjid itu. Imam yang tidak tahu menahu
terkejut melihat keadaan itu.
Pada zaman
Saidina Omar, Saidina Omar panggil imam itu dan berkata, “Bukan kamu menjadi
imam masjid dhirar dulu?”
Jawab imam
itu, “Ya, yalah wahai Amirul Mukminin, tetapi saya tidak ikut mereka”
Masjid
dhirar ini masjid yang disembahyang bukan bertujuan kerana Allah SWT. Kalau
membuat masjid tetapi tidak sembahyang lebih teruk dari masjid dhirar lagi. Ini
termasuk dalam kemungkaran.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment