Firman Allah SWT
surah al-Imran ayat 14 yang bermaksud:
Dihiaskan (dan
dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini
nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak
bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi
terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu
ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat
kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Harta benda,
kekayaan dan kemewahan boleh membawa kita ke syurga atau ke neraka. Jika diurus
selari dengan perintah Allah SWT maka ke syurgalah dia dan sebaliknya ke
nerakalah dia..
Tidak ramai orang
yang bersyukur dengan harta benda dan kemewahan yang diberi oleh Allah. Ada
orang yang bermegah-megah dengan kereta mewah dan rumah besar dan mahal
harganya.
Kebanyakan manusia
bila dikurniakan harta benda yang banyak menyebabkan mereka lalai daripada mengingati
Allah hinggalah ke lubang kubur.
Marilah kita
bersama-sama berdoa semoga kita tergolong di kalangan mereka yang bersyukur
dengan nikmat Allah SWT.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment