Kejadian langit dan bumi menjadi
tanda kepada ulil albab, iaitu orang yang berakal.
Siapa dia orang yang berakal?
Quran menafsirkan Quran. Ada ayat
Quran yang Allah Ta’ala sendiri yang menafsirkannya.
“Ulil albab itu ialah orang-orang
yang ingat akan Allah semasa berdiri, dan duduk dan semasa berbaring dan mereka
berfikir tentang kejadian langit dan bumi”.
Mereka berfikir tentang kejadian
langit dan bumi. Bila melihat langit dan bumi mereka berfikir tentang kebesaran
Allah SWT dan bukan lihat sahaja.
Ayat ini dijelaskan oleh nabi SAW
dengan sabdanya, “Sembahyang dalam keadaa berdiri, kalau tidak mampu berdiri
sembahyang dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu duduk sembahyang dalam
keadaan berbaring”.
Ini bermakna antara mereka yang
ingat akan Allah itu ialah mereka yang tidak meninggalkan sembahyang sama ada
di masa sihat atau di masa sakit. Masa sihat sembahyang berdiri, masa sakit
sembahyang duduk dan jika tidak mampu duduk sembahyang berbaring. Sembahyang
tidak sekali-kali ditinggalkan.
Kalau kadang-kadang sembahyang
dan kadang-kadang tidak maka bukan ulil albab.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment