Al-Quran memberi
kaedah penyelesaian mengenai nusyuz ini. Suami dan isteri adalah dua makhluk
yang berbeza, tetapi kena kahwin sesama berbeza jantina dan tidak boleh kahwin
dengan sama jantina.
Apabila timbul
nusyuz ini bagaimana hendak menyelesaikannya. Islam menggariskan
penyelesaiannya:
1. Suami memberi
nasihat kepada isteri.
Suami
kadang-kadang hendak membuka mulut pun kedekut. Kedekut suara, kedekut hendak
bercakap. Apa salahnya tanya, “Adakah rasa tidak puas hati dengan abang ke?”
Hendak bercakap begitu pun kedekut. Hendak peruntukan sedikit masa untuk
bercakap dengan isteri yang bertujuan membaiki hubungan pun tidak ada masa.
Ruangkanlah
sedikit masa untuk memujuk isteri supaya membuang kekeruhan yang berlaku dalam
bahtera rumah tangga. Kekeruhan boleh dibebaskan dengan cara bercakap,
menasihati dan berkomunikasi.
Masalah rumah
tangga sering berlaku kerana tidak ada komunikasi. Isteri pul tidak ada tempat
dan ruang untuk menceritakan perasaannya. Apa yang terpendam, suatu masa bom
jangka akan meletup.
Bagi orang
perempuan apabila bercakap dia rasa dapat meringankan bebannya walaupun tidak
menyelesaikan masalah, tetapi sekurang-kurangnya dia rasa dia didengari. Itulah
di dalam al-Quran kata dalam Islam suami memberi nasihat.
Memberi nasihat
bukan bermakna suami bercakap satu hala sahaja, mendengar cakap isteri juga
nasihat. Dengar cakap isteri, mengapa tiba-tiba isteri merajuk. Jadi isteri
mesti dibenarkan bercakap. Sebagai seorang wanita, dia hendak suami itu faham
apa yang dia rasa. Kalau tidak cakap mungkin dia tidak mengerti.
Dalam Islam wanita
itu dikatakan tulang yang bengkok. Bagi orang Melayu wanita ibarat kerak nasi.
Nampak keras, jika diletak air atau penawar dia lembut.
Justeru para suami
dalam menyelesaikan nusyuz isteri ini cara terbaik ialah berkomunikasi, berbincang,
memberi nasihat dan suami mengalah sedikit adalah lebih baik. Inilah yang
dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada isterinya, Saidinatul Sofiah.
2. Kalau cara itu
tidak berkesan suami hendaklah memulau isterinya selama tiga hari. Maknanya, tidak
tidur bersama dengan syarat suami itu hebat diranjang. Kalau tidak hebat isteri
tergelak sahaja.
Suami mesti jaga
diri dia seorang pemimpin. Suami mesti menampilkan imej dikagumi isteri
baharulah dia boleh menangani isteri yang nusyuz. Dikagumi maknanya, pulau tiga
hari menyebabkan isteri akan rasa lain macam.
3. Kalau tidak
berubah juga baharulah boleh memukul isteri. Pukul pula bukanlah pukul sampai
masuk ICU. Pukul untuk memberi mendidik. Pukulan bukan mesti secara fizikal
tetapi cakap keras sedikit pun satu pukulan yang hebat terhadap wanita
.
Kalau semua cara
itu tidak mencapai penyelesaian baharu boleh melibatkan pihak ketiga. Walau apa
pun suami mestilah hebat untuk menjadi penyelesai kepada masalah nusyuz isteri.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment