Firman Allah Ta’ala bermaksud,
“Dan bergaullah dengan mereka yakni isteri-isteri kamu dengan cara yang baik”
Bergaullah dengan isteri kamu
dengan cara yang baik. Nabi SAW menyebut tanggungjawab kepada isteri dalam
khutbah selamat tinggal (Khutbah hajatul wada’), haji selamat tinggal kerana
selepas itu baginda SAW wafat, disuruh suami menjaga isteri dengan baik
walaupun isteri ada kesilapan dan ada kesalahan.
Perempuan dijadikan daripada
tulang rusuk. Tulang rusuk itu bengkok dan kamu tidak boleh membetulkannya, kata
Rasulullah. Kalau kamu membetulkannya dia patah, dan kalau kamu membiarkan dia
bengkok. Tetapi kamu kena ada dia, kena ada perempuan-perempuan itu. Kamu
disuruh bersabar menghadapi ujian kaum perempuan. Jangan gopoh, sedikit
berbalah terus bercerai.
Walaupun perceraian perkara yang
dihalalkan oleh syarak, tetapi perkara halal yang paling dibenci oleh Allah
SWT. Allah Ta’ala menyuruh kita menjalin hubungan dengan isteri dengan cara
yang sebaik-baiknya. Nabi SAW juga menghadapi kerenah isteri-isterinya dan nabi
bersabar.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment