Firman Allah Ta’ala, “Engkau
tidak berhak sedikit pun wahai Muhamad dalam urusan orang-orang yang ingkar itu
kerana urusan mereka tertentu bagi Allah sama ada ia menerima taubat mereka
atau ia menyiksa mereka kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim”.
Mereka itu seperti Abdullah bin
Ubai dan lain-lain yang melari balik dari Uhud ke Madinah. Ada antara orang
munafik bertaubat kepada Allah Ta’ala dan Allah Ta’ala menerima taubatnya.
Jadi Allah Ta’ala sebut
perbandingan perang Badar dengan perang Uhud. Perang Badar dimenangi oleh orang
Islam, perang Uhud orang Islam pada awalnya menang, kemudian tewas dan kemudian
boleh mempertahankan diri.
“Dan bagi Allah jualah segala
yang ada di langit dan segala yang ada di bumi, Ia mengampunkan sesiapa yang
dikehendaki-Nya dan Ia menyiksakan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan ingatlah
Allah maha pengampun lagi maha mengasihani”.
Jadi kedua-dua peperangan ini
betul-betul menguji orang Islam. Pertama, berlaku perang Badar Islam menang dan
kedua, perang Uhud Islam tewas.
Allah Ta’ala hendak menguji siapa
yang benar-benar beriman. Oleh sebab itulah Allah Ta’ala tidak menjadikan semua
peperangan menang. Ada kala tewas untuk menguji orang yang betul-betul beriman
dan tetap dengan Islam, orang munafik melarikan diri.
Ini adalah peristiwa yang sangat
penting dalam sejarah Islam.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment