Allah Ta’ala menurunkan
pertolongan dalam peperangan Badar.
Disebut dalam ayat ini bermaksud,
“Ingatlah Wahai Muhamad SAW ketika kamu berkata kepada orang-orang beriman
untuk menguatkan semangat mereka, tidakkah cukup bagi kamu bahawa Allah
membantu kamu dengan tiga ribu tentera daripada malaikat yang diturunkan”.
Masa nabi berdoa sebelum bermula
peperangan Badar, nabi nampak tentera malaikat turun dipimpin oleh Jibril.
“Bahkan mencukupi dalam pada itu
jika kamu bersabar dan bertakwa dan musuh datang menyerang kamu dengan serta
merta nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang masing-masing
bertanda”.
Allah Ta’ala menurunkan tentera
malaikat berjumlah lima ribu dengan uniform. Ada ulama mengatakan malaikat
memakai pakaian putih dalam keadaan menunggang kuda dan nabi melihat
didahulukan oleh malaikat Jibril sendiri yang memimpin tentera malaikat kerana
Allah Ta’ala telah menentukan semulia-mulia angkatan ialah angkatan nabi dalam
peperangan Badar dan angkatan malaikat yang menyertai peperangan Badar.
Peperangan Badar ialah satu
peperangan yang istimewa. Ibni Abas meriwayatkan tentera malaikat memakai
serban yang berwarna putih.
“Dan Allah tidak menjadikan
bantuan tentera malaikat itu malainkan kerana memberi khabar gembira kepada
kamu dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu dan ingatlah bahawa
pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya daripada sisi Allah yang maha
kuasa lagi maha bijaksana”.
Kemenangan itu pemberian daripada
Allah, bukan kuasa kamu. Dengan jumlah 313 orang macam mana hendak melawan
dengan seribu orang yang lengkap dengan senjata. Kamu menang peperangan Badar
adalah dengan pertolongan Allah Ta’ala.
Para ulama khilaf adakah para
malaikat berperang sama atau pun tidak. Mengikut kebanyakan ulama malaikat
berperang sama dalam perang Badar kerana sahabat-sahabat yang menyaksikan
peristiwa perang Badar ini mereka melihat bagaimana kepala-kepala orang kafir
musyrikin putus dengan tidak melihat siapa yang memancungnya.
Ada pula yang mendengar suara
kuda dengan tidak nampak kudanya dan ada yang melihat malaikat berperang sama
menyusuk masuk ke dalam musuh untuk memberi semangat kepada orang-orang beriman.
Ini adalah riwayat yang sahih dan kuat.
Hari ini pun Allah Ta’ala tunjuk
bagaimana peperangan antara Mujahidin dengan Soviet, mereka yang berpakaian
putih berperang. Ini ditulis oleh mereka yang terlibat dalam peperangan di
Afganistan dan Palastin.
Pertolongan Allah bukan sahaja
berlaku di zaman nabi tetapi berlaku juga di zaman kita ini dengan syarat orang
Islam benar-benar terdesak dan dalam keadaan yang ikhlas kepada Allah Ta’ala.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment