Firman Allah Ta’la bermaksud,
“Adakah sekiranya dia mati, mati sakit atau dia mati dibunuh dalam peperangan
maka tumit-tumit kamu berpusing kamu murtad berpaling tadah dari Islam dan
sesiapa yang tumitnya berpusing yakni murtad bila Rasulullah wafat maka dia
tidak memberi apa-apa mudarat sedikit pun kepada Allah, dan Allah memberi
balasan yang tidak terhingga kepada orang-orang yang bersyukur dari nikmat yang
diberi oleh Allah dan nikmat yang paling besar ialah nikmat agama Islam”
Ayat ini diturunkan apabila
tersebarnya berita bahawa Rasulullah SAW telah dibunuh (dalam peperangan Uhud)
oleh seorang yang bernama Ibnu Khumaiyah, seorang kafir, dalam keadaan kelam
kabut itu dia telah berjaya merejam batu ke wajah nabi SAW menyebabkan muka
nabi berlumuran dengan darah dan gigi hadapannya patah dan terjatuh dalam
lubang.
Lalu Ibnu Khumaiyah
mengisytiharkan bahawa dia telah membunuh Muhamad, “Muhamad sudah dibunuh,
Muhamad sudah dibunuh, Muhamad sudah dibunuh”.
Berita itu disebarkan dan
tersebar.
Apabila mendengar bahawa
Rasulullah SAW telah dibunuh, ada yang lembik, lemah dan tidak tahu apa hendak
dibuat.
Ada antara mereka berkata bila
Rasulullah sudah wafat setakat inilah perjuangan kita. Ada kalangan mereka pula
berkata, “Apabila Rasulullah sudah mati kita sambung perjuangannya dan biarlah kita
mati bersama dengannya”.
Mengikut satu riwayat dalam keadaan
kebingungan itu ada satu kumpulan balik ke Madinah dan bertembung dengan muslimat
yang mahu mendengar berita mengenai peperangan Uhud.
Bila diberitahu Rasulullah sudah
wafat lalu muslimat mengambil batu dan merejam mereka yang balik, “Rasulullah
sudah mati, mengapa kamu balik! Pergi kamu semua mati bersama Rasulullah”,
mereka dihalau balik semula ke Uhud.
Ada golongan munafikin yang
berpura-pura Islamnya berkata, “Sekarang kita hantar utusan kepada ketua kita,
Abdullah bin Ubai (yang cabut lari dari peperangan Uhud) supaya memberitahu Abu
Sofian (ketua musyrikin dan bapa mertua nabi) mengatakan yang kita tidak
mengikut Muhamad tetapi mengikut Abu Sofian”.
Lalu Allah menurunkan ayat
tersebut di atas.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment