Tuesday, October 25, 2016

HUKUM HAID DAN TOWAF



Pernah suatu hari ketika nabi hendak masuk ke Mekah untuk melaksanakan ibadat haji, maka Saidatina Aisyah datang berjumpa nabi dalam keadaan menangis.

“Apa yang menyebabkan kamu menangis”, tanya nabi SAW.

“Wahai Rasulullah saya kedatangan haid”, kata Aisyah.

Kata Rasulullah SAW, “Boleh membuat semua perkara melainkan towaf sahaja”

Jadi ertinya dalam kontek Haji dan Umrah boleh melakukan tarbiah, boleh berzikir, boleh bersalawat, boleh bersedekah, tetapi tidak boleh towaf.

Di samping itu wanita yang ada haid tidak boleh sembahyang, tidak boleh berpuasa, tidak boleh membaca Quran, tidak boleh masuk dalam masjid dan haram bersetubuh.
Sembahyang yang tertinggal dalam masa datang haid tidak diwajibkan qadar tetapi puasa Ramadan diwajibkan qadar.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment