Ada luka yang
boleh nampak dan ada yang tidak nampak. Luka perasaan tidak nampak tetapi benda
itu berlaku.
Nusyuz boleh
berlaku kerana bantah. Kalau ada signal sedikit sahaja, ada petanda-petanda
cepat-cepat bertindak. Kalau berasa mungkin pasangan terasa maka cepat-cepat
bertindak.
Berlaku nusyuz
tentang cedera perasaan kerana tidak kisah. Suami apabila marah-marah kepada
isteri tindakannya cepat-cepat keluar pergi minum. Betapa sedihnya isteri
berhadapan dengan keadaan demikian.
Disebut dalam
hadis, “Bertakwalah kepada Allah dengan isteri kamu kerana mereka ini umpama
tawanan”
Tawanan bermakna
tidak bebas sebab duduk dalam tahanan. Apabila wanita sudah berkahwin, dia
tidak bebas lagi. Sebelum kahwin dia boleh keluar sesuka hatilah hendak balik
pukul berapa. Bila sudah kahwin hendak keluar kena minta izin daripada suami.
Hendak balik lewat kena maklum. Apa bentuk pekerjaan sekali pun tanggungjawab
rumah tangga perlu dijaga.
Bila menjadi
tawanan mudah menjadi nusyuz. Kalaulah berlaku kesilapan yang mungkin isteri
terasa hati, cepat-cepatlah pujuk dan cepat minta maaf dan berdamai. Jangan
biarkan berlarutan, ibarat tapai sudah menjadi perkasam. Lepas satu bulan baru
bertanya, “Awak merajuk ke hari itu?”
Ya Allah! Sedihnya
hati isteri. Orang perempuan ini mudah terasa hati. Terjadinya nusyuz sebab
acuh tidak acuh pihak suami yang kadang-kadang selalu membiarkan perkara itu
berlarutan. Bila merajuk jangan masing-masing tidur pusing belakang. Sebelum
tidur hendaklah berkomunikasi.
Dulu sebelum
kahwin engkaulah ratu, engkaulah payung, tetapi bila sudah kahwin engkaulah
hantu dan engkaulah mangkuk hayun.
Sebelum pejam mata
bercakap-cakaplah dulu supaya dapat menyelami apa yang ada dalam hati si
isteri. Ayat Quran sangat cantik
menyatakan, “Bakhil kamu ini”. Haji Bakhil ini hak orang dia hendak, hak dia
kedekut.
Awak isteri kena
mula dulu. Malam ini kalau menolak berdosa, tidak bau syurga. Tidak adalah pujuk rayu. Pujuklah isteri itu.
Body language tahulah, selalu cakap banyak, hari ini tanya sepatah jawab
sepatah. Ini bermakna ada signal sesuatu yang tidak kena.
Wanita nusyuz
keluar rumah tanpa izin, kerana perasaannya tidak dijaga. Suami tidak memberi
nafkah batin kepada isteri. Macam mana isteri hendak cakap.
Suami kalau tiada
anak boleh kahwin satu lagi. Tetapi kalau suami yang mandul apa hak isteri.
Betapa di awalan menjadi tawanan dalam rumah tangga yang terpaksa dibebankan
kepada isteri. Oleh itu suami kena ambil hati dia. Isteri kalau bercerai atau
suami mati baru boleh kahwin.
Isteri banyak yang
tidak bebas dalam hidup. Oleh sebab itu suami perlu banyak bertimbang rasa.
Disebut dalam hadis bahawa isteri itu ibarat tulang yang bengkok, tidak boleh
dibetulkan.
Nikmatilah dalam
keadaan merajuk itu. Lagi merajuk lagi comil dan lagi pujuk lagi baik.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment