Ramai wanita rungsing bila tidak
datang haid. Kerungsingan ini perkara biasa di kalangan kaum wanita. Di zaman
Rasulullah pun wanita rungsing dengan haidnya. Mereka rungsing kerana tidak
dapat menjalankan ibadat yang sebenar seperti yang dilakukan kaum lelaki. Kaum
lelaki sembahyangnya penuh, puasanya penuh, kaum lelaki pergi berjihad dan kaum
lelaki pergi Jumaat pula. Bila pergi Jumaat dapat dengar pula khutbah iaitu
majlis ilmu.
Jadi mereka bertanya kepada
Rasulullah SAW untuk mengetahui mengenai ibadat yang tidak seimbang dengan
lelaki.
Hadis Rasulullah untuk
mententeramkan kaum wanita, “Katakan kepada kaum wanaita apabila mereka ini mengerjakan
sembahyang lima waktu, bulan puasa dia puasa setakat dibenarkan, jaga harga
diri dan maruahnya, dia taat kepada suaminya maka pilihlah pintu mana yang dia
hendak masuk syurga”.
Mengikut hadis itu cukup mudah
bagi wanita bersuami masuk syurga. Sembahyang cukup, puasa cukup, jaga harga
diri dan maruah dan ta’at kepada suami maka boleh masuk syurga.
Aisyah juga bertanya kepada
Rasulullah dan Rasulullah menjawab, “Apabila datang haid bacalah ALHAMDULILLAHI
ALA KULLIHAALIM WAASYTAGHFIRULLAHA ALA KULLIZAN BIL”
Maksudnya, “Bersyukurlah atas
segala hal, ampunlah segala dosaku ya Allah”. Kalau tidak ingat bacalah
ALHAMDULILLAH (bersyukur atas segala hal) dan ASYTAGHFIRULLAH (ampunlah segala
dosaku)
Atau bacalah SUBHANALLAH,
ALHAMDULILLAH, ALLAHU AKBAR, LAILAAHA ILLALLAH dan AUZUBILLAHI MINASYAITANIR
RAJIM. Sambil-sambil masak dan sambil hayun buai anak bacalah zikir itu. Selain
dari itu bersabar dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment