Tuesday, October 25, 2016

ULIL ALBAB MENERIMA HUKUM QISAS


Ulil Albab disebut dalam surah al-Baqarah dan surah al-Imran.

Dalam surah al-Baqarah disebut, “Dan bagi kamu pada hukuman qisas, hukuman jenayah qisas iaitulah mereka yang membunuh dibunuh balas, mencederakan dikenakan hukuman qisas, yang ditetapkan oleh Allah kerana hukuman itu boleh membawa kehidupan, ya ulil abab (wahai orang yang mempunyai akal fikiran)”.

Ulil albab ialah mereka yang menerima hukum qisas, yang melihat hikmat hukum qisas, yang diberi oleh Allah SWT. Kalau hukum qisas tidak digunakan, memakai hukum lain maka bukan ulil albab.

Allah SWT menyebut, “Diwajibkan ke atas kamu hukuman qisas dalam kesalahan membunuh dan mencederakan dan boleh dimaafkan antara satu sama lain oleh yang mempunyai wali, sama ada melakukan kesalahan dengan sengaja atau tidak sengaja, hukumannya ialah qisas, yang diwajibkan oleh Allah SWT dalam Quran sebagaimana diwajibkan solat, sebagaimana diwajibkan berpuasa, diwajib zakat dan lain-lain.”.

Antara ulil albab itu ialah mereka yang percaya hukuman qisas itu boleh membawa kehidupan, boleh mengurangkan kemalangan, boleh mengurangkan jenayah kerana hukuman ini menggerunkan penjenayah-penjenayah. Ini menyebabkan orang berhati-hati melakukan sesuatu. Jadi dapat mengurangkan kesalahan jenayah.

Mereka yang percaya kepada hukum qisas dan hikmatnya ialah ulil albab. Mereka yang menerima undang-undang barat adalah mereka yang berfikir sekadar dunia sahaja tanpa memikir hikmat-hikmat yang dikehendaki oleh Allah SWT.

KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment