Suami janganlah
dengan sewenang-wenangnya menuduh seorang isteri itu nusyuz. Nusyuz merupakan
bibit-bibit bermula untuk sampai kepada penceraian. Dalam rumah tangga suami
bukan hendak menceraikan isteri tetapi dia hendak lari daripada tanggungjawab.
Bila isteri
disabit dengan nusyuz, suami tidak perlu membayar nafkah, isteri tidak berhak
mendapat layanan, isteri tidak berhak membuat tuntutan, dan suami yang tidak
bertanggungjawab senang-senang menuduh isteri nusyuz. Nusyuz tidaklah semudah
itu kerana isteri yang nusyuz tidak semestinya berakhir dengan penceraian
tetapi sebagai mukaddimah kepada berlakunya penceraian.
Merujuk kepada
undang-undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan, kalau suami hendak
mensabitkan isteri sebagai nusyuz maka dia mestilah membawa kepada mahkamah
untuk melihat sama ada ia benar-benar tertakluk kepada hukum syarak itu
sendiri. Mahkamah akan mengesahkan sama ada isteri itu nusyuz atau pun tidak. Kalau
pun isteri disabitkan sebagai nusyuz seksen 3 menyebut sekiranya isteri itu
bertaubat dan kembali untuk menuruti kepada perintah suaminya maka isteri tidak
lagi menjadi nusyuz.
Jadi nusyuz
bukanlah status yang kekal. Bukan bila sekali nusyuz maka nusyuz
selama-lamanya. Ia merupakan bibit-bibit yang perlu disedari oleh suami untuk
menyelesikan masalah.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment