Allah Ta’ala berfirman kepada
nabi Muhamad SAW dan umatnya yang menyambung perjuangan Islam akan menghadapi
ujian, “Demi sesungguhnya kamu akan diuji pada harta-benda dan diri kamu”
Harta-benda kamu dan diri kamu
akan diuji oleh Allah SWT apabila kamu menegakkan Islam termasuklah nabi SAW
bersama dengan isterinya, Khadijah binti Khuairij RA.
Apabila nabi menyampaikan
kerja-kerja Islam, Khatijah memberi sokongan kewangan. Sumbangan yang diberi
untuk dakwah, wangnya habis tetapi pulangan tidak nampak.
Apa yang diberitahu ialah pahala,
pahala dan pahala. Pahala tidak nampak. Ini adalah ujian terhadap harta yang
dihabiskan. Kemudian diuji pula dengan harta oleh musuh.
Abu Jahal menghantar wakil
bertemu dengan nabi SAW, “Wahai Muhamad kalau kemu berhenti daripada perjuangan
kamu aku beri harta kekayaan daripada oramg kaya di Mekah ini”.
Syarat yang dikenakan ialah
berhenti perjuangan Islam iaitu menyuruh kepada yang baik dan mencegah
kemungkaran dan bukan sekadar sembahyang, puasa, buat umrah dan kemudian diam.
Dakwah nabi bukan sahaja mengajak
orang sembahyang tetapi pada waktu yang sama melarang orang membuat maksiat.
Orang yang tidak meninggal
maksiat mesti dikenakan hukuman. Untuk mengenakan hukuman mesti ada kerajaan
Islam yang memerintah. Nabi berdakwah dan berpolitik. Nabi berdakwah untuk
mengajak orang kepada Islam dan berpolitik untuk memerintah dan menghukum
dengan hukum Allah SWT.
Dua perkara yang dilakukan oleh
nabi. Jika berdakwah sahaja tanpa politik atau berpolitik sahaja tanpa dakwah
adalah tidak betul dengan perjuangan nabi Muhamad SAW.
Oleh kerana nabi berdakwah dan
berpolitik maka nabi menerima ujian. Habis duit Khadijah. Di saat kehabisan duit
Abu Jahal menawar pula kewangan yang banyak dengan syarat berhenti berjuang.
Orang-orang yang menyambung
perjuangan nabi iaitu berdakwah dan berpolitik akan menerima ujian. Kalau tidak
menerima ujian maka perjuangan kita tidak betul sebagaimana yang diajar oleh
nabi SAW.
Allah Ta’ala menyebut, “kamu akan
diuji pada harta-benda dan diri kamu”
Harta akan habis kerana
perjuangan Islam dan akan menerima pelbagai kesusahan hidup.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment