Ketika nabi SAW dan beberapa
orang sahabat tidak berganjak apabila dikepung oleh musuh dan dua belas ribu
orang tentera yang bersama-sama Rasulullah SAW berkeliaran undur dan akhirnya
datang pertolongan Allah SWT
Peristiwa Hunin menunjukkan
keberanian Rasulullah SAW iaitulah peperangan yang berlaku selepas pembukaan
Mekah.
Setelah Mekah dibuka dan ditawan
oleh tentera Islam, Rasulullah SAW memberi pengampunan beramai-ramai kepada
penduduk Mekah. Maka ramailah penduduk
Mekah masuk Islam sehingga jumlah tentera menjadi dua belas ribu orang, satu
jumlah yang besar.
Nabi mendapat maklumat bahawa
kabilah Hawazin dan Takih sedang berkumpul untuk menyerang tentera Islam. Lalu
nabi membuat keputusan untuk pergi ke Hunin dan berperang.
Nabi menunjukkan satu sikap yang
lain dari perang Badar apabila nabi memanggil Safuan bin Umaiyah iaitu pemimpin
musyrik yang belum lagi masuk Islam untuk meminjam senjata.
Nabi berkata kepada Safuan, “Bawa
senjata kamu, aku hendak pergi berperang”.
“Rampas atau pinjam”, kata
Safuan.
Nabi kata, “Pinjam, bukan rampas”.
Safuan membawa senjata dan
diserahkan kepada nabi SAW. Nabi pun bertolak ke Hunin dan safuan bin Umaiyah
ikut sama.
Hadis ini
menunjukkan bahawa nabi mengambil khidmat orang musyrik.
Oleh kerana jumlah tentera Islam
terlalu besar, dua belas ribu orang, maka timbullah perasaan ujud. Kalau perang
Badar jumlah kita hanya tiga ratus tiga belas orang kita boleh menang, tidak
mungkin dengan jumlah yang besar kita boleh kalah. Kita tidak boleh dikalahkan
selepas ini. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mengalahkan kita.
Allah Ta’ala menurunkan ayat,
“Dan ingatlah pada hari peperangan Hunin ketika ujud, kamu kagum dengan diri
kamu sendiri lalu Allah Ta’ala mengajar nabi dan sahabat-sahabatnya dengan
kesilapan beberapa orang sahabat yang merasa ujud berasa kagum, kita ramai,
tiada sesiapa pun dapat mengalahkan kita, lupa kepada pertolongan Allah SWT”.
Bila sampai di Hunin tiba-tiba
mereka masuk ke dalam perangkap yang diatur oleh musuh, kabilah Hawazin dan
Takib yang berlindung di bukit-bukau Hunin.
Bila nabi tiba dengan bala
tentera berjumlah dua belas ribu orang, sampai di tengah-tengah Hunin mereka
dihujani dengan serangan panah yang datang daripada keliling mereka menyebabkan
bertempiaran lari meninggalkan nabi SAW bersama beberapa orang sahabat,
mengikut riwayat cuma seratus orang sahaja. Daripada dua belas ribu tinggal
seratus orang.
Akhirnya nabi turun dari
keldainya dan berkata, “Aku adalah keturunan Abdul Muttalib, aku seorang nabi
yang tidak bohong. Nabi menunjukkan keberaniannya menghadapi musuh ketika
dikepung.
Setalah turun dari keldainya nabi
SAW mengambil pasir dan melontar ke arah musuh dan berlakulah pertolongan Allah
apabila pasir-pasir itu masuk ke dalam mata musuh menyebabkan mereka berhenti
memanah dan nabi menyuruh Abas memanggil semua tentera Islam balik semula.
Mereka berpusing balik semula dan
menawan musuh-musuh yang tidak berani melawan. Maka banyaklah harta rampasan
perang. Nabi membahagi-bahagikan kepada mereka yang baru masuk Islam yang
dikenali dengan mualaf.
Diriwayatkan semasa bertempur Abu
Sofian (bapa mertua nabi) yang baru masuk Islam) melihat nujum dengan anak
panahnya. Dia memusing-musingkan anak panahnya sambil berkata, “Kalau Muhamad menang
aku akan masuk Islam dan kalau kalah aku akan cabut lari”.
Sofuan yang melihat gelagat Abu
Sofian lalu berkata, “Wahai Abu Sofian aku lebih rela Quraish menang daripada
Hawazin dan Takih menang. Timbul semangat kaumnya kerana nabi Quraish dan orang
Mekah, dia juga Quraish dan juga orang Mekah.
Macam semangat Melayulah. Sayang
kepada bangsa adalah tidak salah. Tetapi kalau semangat bangsa dijadikan
pegangan (ideologi) adalah menyalahi dari segi Islam.
Nabi mengumpulkan senjata untuk
dipulangkan balik kepada Sofuan bin Muaiyah. Bila dibilang balik senjata itu
didapati tidak mencukupi. Mungkin ada yang patah dan hilang.
Nabi kata kepada Sofuan, “Aku
hendak ganti senjatamu”.
Sofuan berkata, “Hati aku sudah
lain. Aku sudah beriman. Dulu aku kafir, sekarang aku sudah beriman”.
Ini menunjukkan bagaimana hikmat
mengguna khidmat daripada musyrik yang menyertai sama dalam peperangan dan
melihat mukjizat serta keberanian nabi SAW.
Sofuan bin Muaiyah masuk Islam.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment