Firman Allah Ta’ala bermaksud,
“Telah hampirlah berlakunya kiamat dan terbelahnya bulan”
Kedatangan nabi Muhamad SAW
adalah tanda akhir zaman kerana nabi Muhamad SAW adalah rasul terakhir. Tiada
lagi rasul selepas nabi Muhamad SAW.
Kalau ada orang mengaku menjadi
nabi itu adalah pembohong besar. Jika ada orang mengikutnya menjadi sesat dan
kafir.
Nabi-nabi adalah orang cerdik
pandai, bukan orang tiga suku dan dilantik oleh Allah SWT.
Tiap-tiap orang nabi dan rasul
zaman dahulu memberitahu kepada umat masing-masing tentang kelahiran nabi
Muhamad SAW.
Bahkan penemuan hari ini
menunjukkan kitab suci agama Hindu, Budha dan agama Majusi mengisyaratkan
kelahiran nabi Muhamad SAW.
Ini menunjukkan peristiwa
kelahiran nabi Muhamad SAW merupakan peristiwa yang besar. Satu peristiwa akhir
zaman menandakan dunia berada di peringkat akhir. Kiamat boleh berlaku
bila-bila masa sahaja dan yang tahu tarikhnya hanya Allah Ta’ala sahaja.
Apa yang diberitahu dalam media
mengatakan kiamat berlaku dalam tahun sekian-sekian adalah karut.
Nabi Muhamad SAW tidak tahu bila
berlakunya kiamat dan malaikat Israfil pun tidak tahu bila berlakunya kiamat.
Ini menjadi rahsia Allah SWT.
Malaikat Jibrail bertanya nabi
Muhamad SAW, “Bilakah berlakunya kiamat”
“Bukankah orang bertanya lebih
mengetahui daripada orang yang ditanya”, jawab nabi Muhamad SAW.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment