Monday, October 31, 2016

SELURUH ALAM DITADBIR OLEH ALLAH



Alam ialah selain daripada Allah. Apa yang dicipta oleh Allah adalah alam. Manusia, malaikat, jin, pohon kayu, binatang, langit, bumi dan lain-lain adalah alam.

“Alhamdulillahi Rabbil’alamin”, segala kepujian bagi Allah, tuhan sekalian alam.
Allah bukan sahaja menjadikan seluruh alam tetapi Allah juga mentadbir dan mengurus sekalian alam. Seluruh alam ditadbir oleh Allah SWT. Allah mentadbir sekalian alam dengan peraturan dan undang-undang masing-masing.

Makhluk di langit ada undang-undang, makhluk di bumi ada undang-undang, malaikat ada undang-undang, awan yang berarak di udara ada undang-undang dan peraturannya. Semua makhluk tunduk kepada peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh tuhan secara Islam.

Firman Allah Ta’ala bermaksud, “Dan kepada-Nya (kepada tuhan) islah segala yang ada di langit dan di bumi”.

Islam bermakna menyerah diri.

Friman Allah Ta’ala bermaksud, “Malaikat tidak sekali-kali derhakakan Allah dan mereka membuat apa sahaja yang diperintah supaya melakukannya, dan awan-awan yang diarah, terlalu banyak tidak sekali-kali berlaga antara satu sama lain, masing-masing mengikut jalan masing-masing.

Matahari beredar dan bergerak mengikut tempat yang ditetapkan, dan bulan Kami tetapkan kepadanya tempat turunnya sehingga kembali menjadi bulan sabit laksana seludang yang lama (yang kering)”, surah Yaasin.

Bulan tunduk kepada Allah Ta’ala. Bintang-bintang di langit tunduk kepada Allah Ta’ala.
Beberapa orang ahli sains yang mengkaji angkasa lepas bila membaca Quran akhirnya masuk Islam. Mereka yang mengkaji lautan bila membaca Quran terus masuk Islam. Bila membaca terjemahan al-Quran dalam bahasa masing-masing akhirnya mereka masuk Islam.

Percaya kepada Rabbil ‘alamin, tuhan yang memiliki dan mentadbir sekalian alam. Seluruh alam mesti tunduk kepada Allah Ta’ala. Manusia juga sebahagian daripada makhluk Allah Ta’ala. Bila kita berdepan dengan tuhan di dalam sembahyang, ALHAMDU LILLAHI RABBIL ‘ALAMIN, segala puji bagi Allah Rabbil ‘alamin, yang mentadbir, yang mengurus seluruh alam ini, dalam masa yang sama kita perlu sedar bahawa kita adalah juga alam yang mesti tunduk kepada undang-undang Allah Ta’ala.

Sebagaimana pohon kayu dan binatang ada undang-undang maka manusia juga ada undang-undang. Semua makhluk mesti patuh kepada undang-undang yang ditetapkan kepada mereka oleh Allah Ta’ala.

Manusia yang diberi akal, Allah Ta’ala membuat peraturan khusus untuk manusia.
Ada perkara yang Allah Ta’ala izin dan manusia boleh berfikir dengan akal bagaimana hendak membuat jalan raya, buat satu lorong atau dua lorong, memakai trafik light atau tidak. Itu manusia boleh memikir sendiri dan tidak perlu melihat Quran.

Dalam perkara halal dan haram manusia kena iku Allah Ta’ala. Bagaimana hendak beribadat kepada tuhan, dalam perkara yang manusia tidak mampu memikir, dalam hukum qisas dan hudud yang dinaskan dalam Quran manusia wajib ikut apa yang ditetapkan oleh Allah Ta’ala. Jika manusia membuat peraturan sendiri maka menjadi rusak binasa.

Oleh kerana Allah Ta’ala yang menjadi manusia maka Allah Ta’ala tahu apa yang layak bagi manusia. Itu hikmat kita menyebut Rabbil ‘alamin. Mengapa kita tidak menyebut Alhamdulillahi rabbi, segala puji Allah tuhanku atau Alahamdulillahi rabbina, segala puji bagi Allah tuhan manusia. Tetapi kita menyebut Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, segala puji bagi Allah tuhan yang menjadi, yang mentadbir dan mengurus sekalian alam. 

Kita bukan sahaja dijadikan oleh Allah Ta’ala tetapi diurus dan ditadbir oleh Allah Ta’ala. Oleh itu apa yang Allah Ta’ala kata halal kita kena kata halal dan apa yang Allah Ta’ala kata haram kita kena kata haram. Apa yang Allah Ta’ala tetapkan kita tidak boleh ubah. Allah Ta’ala kata sembahyang lima waktu sehari semalam, jangan kita ubah menjadi empat waktu sahaja atau sembahyang hanya memakai niat sahaja.

Tuhan mengizinkan jamak dan qasar sembahyang. Jamak dan qasar pun dalam keadaan yang diizinkan oleh Allah Ta’ala. Boleh jamak sembahyang Zohor dengan Asyar dan Maghrib dengan Isya. Subuh tidak ada jamak. Jangan pula kita pandai-pandai jamak Subuh dengan Zohor.

Sesungguhnya sembahyang itu satu kewajipan yang ditetapkan kepada orang-orang beriman dengan mengikut waktunya. Ini adalah keputusan Allah Ta’ala. 

Dalam perkara yang diharamkan, diharamkan berzina, diharamkan meminum arak, diharamkan makan riba dan sebagainya hendaklah kita patuh.

Dalam perkara yang Allah Ta’ala tetapkan seperti hukum hudud, hukum qisas yang dinaskan dalam Quran, jangan kita membuat main-main.

Di sini kita perlu sedar bahawa begitu besarnya maknanya bila menyebut Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, segala puji bagi Allah tuhan yang rabbil ‘alamin. Dan di sinilah juga hikmatnya mengapa dalam fitnah kubur malaikat menyoal orang dalam kubur dengan Maarrabbuk, siapa tuhan, siapa Rabb. Tidak ditanya Manilahuk.

Perkataan Rabb dengan makna tuhan dan perkataan Ila juga bermakna tuhan. Tetapi malaikat menyoal dengan Marrabbuk, memakai perkataan Rabb. Ini disebut oleh hadis nabi SAW.
Walaupun soalan malaikat sudah bocor dan boleh menghafalnya tetapi ramai orang tidak boleh menjawab. Bila malaikat bertanya Marrabbuk ramai orang tidak boleh hendak menjawab kerana kehidupannya di atas dunia sudah tidak betul. Masa sembahyang Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, selesai sembahyang Rabb lain pula, memilih Rabb yang lain daripada Allah Ta’ala dan memakai peraturan dan undang-undang yang tidak diizin oleh Allah SWT.

KJULIAH YT

No comments:

Post a Comment