Aduan Saidina Ali kepada
Rasulullah menceritakan tentang bagaimana Fatimah isterinya mengurus rumah
tangganya.
Fatimah menguli tepung sehingga
bengkak tangannya. Dia mengangkat air daripada telaga sehingga lekat tanda di
bahunya. Bila dia membersih rumah menyebabkan pakaiannya berdebu.
Apabila aduan itu didengar oleh
Rasulullah, lalu berkata, “Mahukah kamu aku memberi sesuatu yang lebih baik
daripada itu, apabila berada di atas katil sebelum tidur bacalah Subhanallah 33
kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allah Akbat 33 kali. Ini adalah lebih baik
daripada seorang pembantu rumah yang kamu minta”
Ini bermakan Rasulullah
memutuskan bahawa kewajipan mengurus rumah adalah sebahagian daripada kewajipan
Fatimah dan Saidina Ali pula berkewajipan mencari nafkah.
Namun begitu dalil itu bukanlah
menunjukkan bahawa kewajipan mengurus rumah tangga adalah kewajipan mutlak para
isteri.
Dunia hari ini suami isteri
kedua-duanya bekerja, suami isteri patutlah membantu antara satu sama lain.
Janganlah isteri dijadikan seperti khadam atau rumah dijadikan seperti kedai
kofi, tahu-tahu order minuman dan makanan sahaja.
Baik isteri, baik suami yang
bersama-sama mengurus rumah tangga semata-mata kerana Allah pasti diberi pahala
yang besar oleh Allah SWT.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment