Disebut dalam hadis sebaik-baik
perempuan seluruh alam ialah empat orang.
1. Asiah Imrahatul Firaun
Asiah binti Muzahid, isteri
Firaun yang memelihara nabi Musa dan beriman kepada Allah sehingga dia dibunuh
oleh Firaun. Dia dibunuh sebagai seorang syahid.
2. Maryam binti Imran
Maryam binti Imran yang diuji
dengan dahsyat, dinazarkan oleh ibunya untuk menjaga masjid, diuji oleh Allah untuk
menjadi tanda kekuasaan Allah melahirkan nabi Isa AS tanpa ayah.
Bayangkan ujian dihadapinya,
mengandung sedang dia seorang yang solih dan tidak berzina. Bayangkan bagaimana
hendak berdepan dengan orang ramai untuk mengatakan anak kandungannya anak suci
bersih. Ini satu ujian yang sangat hebat maka dia diberi oleh Allah Ta’ala
kemulian menjadi perempuan yang dipilih oleh Allah dan dijanjikan syurga dalam
dunia dan di alam barzah berada dalam syurga.
3. Khatijah binti Khuailid
Khatijah binti Khuailid, isteri
nabi SAW yang berjuang bersama dengannya dan menghabiskan hartanya, seorang
perempuan yang kaya yang membiayai suaminya untuk menjalankan kerja dakwah
untuk menegakkan agama Allah dengan menentang orang-orang kafir.
Perniagaannya diganggu, disekat
dan semua hartanya digunakan untuk perjuangan Islam. Maka Khatijah dipilih
salah seorang perempuan yang dipilih oleh Allah SWT.
4. Fatimahtu Zahrah
Fatimahtu Zahrah iaitu puteri
nabi SAW yang beriman kepada ayahandanya, dan berjuang bersama ayahandanya dan
berada di sisi suaminya merupakan zuriat yang mewarisi keturunan nabi SAW
sehingga hari kiamat.
Mengikut hadis-hadis sahih keempat-empat
mukminat itu dipilih oleh Allah melebihi daripada perempuan-perempuan lain
bukan sahaja mewakili zaman masing-masing tetapi seluruh alam.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment