Salah satu sifat nabi SAW ialah
pemalu. Nabi malu hendak menyebut sesuatu secara terus terang.
Sebagai contoh ‘bersetubuh dengan
isteri’. Sepatutnya kita fahamlah. Tetapi ada juga orang tidak faham, perlu
menyebut satu persatu baharu faham.
Dalam satu peristiwa semasa
Saidina Omar menjadi khalifah. Seorang perempuan datang mengadu kepadanya, “Ya
Amirul Mukminin suami saya seorang yang baik, beribadat malam sepanjang malam,
dan berpuasa sepanjang masa”.
Saidina Omar berkata, “Baguslah
suami kamu itu, hendak mencari suami macam mana lagi”. Perempuan itupun
meninggalkan majlis dengan perasaan kecewa.
Lalu seorang pemuda yang berumur
dua puluh tahun, bernama Syureh Alkhendi (Syureh duduk mengaji di masjid) yang
berkebetulan ada pada masa itu berkata, “Ya Amirul Mukminin perempuan itu
mengadu hal suaminya”.
Saidina Omar berkata, “Panggil
dia semula. Kamu selesaikan. Aku tidak faham aduannya”
Kata Syureh, “Ya Amirul Mukminin
suami dia tidak balik di rumah, asyik membuat ibadat sepanjang masa. Dia malu hendak
memberitahu yang suaminya tidak bersama dengan dia kerana membuat ibadat”
“Panggil sumainya”, kata Saidina
Omar.
Suaminya datang dan memberitahu,
“Benar perkara itu”
Lalu Saidina Omar berkata kepada
suami perempuan itu, “Ada hari kita berpuasa dan ada hari tidak berpuasa. Ada
hari tidur dan ada hari membuat ibadat. Tidak boleh membuat ibadat sepanjang
masa dan mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri”.
Masalah itu selesai dan Saidina
Omar berkata kepada Syureh, “Pergi! Aku lantik kamu menjadi hakim di Basrah
kerana kamu pandai sangat”
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment