Firman Allah
Ta’ala suratu Tur (surah 52) ayat 28 maksudnya,
اِنَّا كُـنَّا مِنْ قَبْلُ نَدْعُوْهُ ؕ
اِنَّهٗ هُوَ الْبَـرُّ الرَّحِيْمُ
""Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembah-Nya (dan memohon pertolonganNya). Kerana sesungguhnya Dia lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Mengasihani"." (QS. At-Tur: Ayat 28)
""Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembah-Nya (dan memohon pertolonganNya). Kerana sesungguhnya Dia lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Mengasihani"." (QS. At-Tur: Ayat 28)
Berkata
al-Hulaimi RA, “Ia sangat mempunyai belas kasihan terhadap hamba-hamb-Nya”.
Dikurniakan
pemberian yang tidak terhad. Di atas dunia bukan sahaja hamba-hamba-Nya yang
beriman yang taat termasuk juga hamba-hamba-Nya yang kafir dan jahat semuanya
mendapat kurnia Allah Ta’ala. Di atas dunia orang beriman, orang kafir dan
orang jahat diberi rahmat, diberi rezeki, diberi kesihatan diberi kekayaan dan
lain-lain. Orang kafir diberi peluang untuk bertaubat.
Allah Ta’ala
menghendaki kemudahan bukannya kepayahan. Kita sendiri yang membuat payah.
Semua ajaran Islam adalah mudah.
Dalam bab
sembahyang, jika tidak mampu berdiri sembahyang duduk, tidak mampu duduk
sembahyang berbaring. Tidak ada air bertayamu.
Pada masa musafir
boleh kosar (pendekkan sembahyang Zohor, Asyar dan Isya kepada dua rakaat)
dan jamak (gabungkan). Dalam masa musyakkah sama ada musafir ataupun tidak
dibenarkan jamak sembahyang (Zohor dengan Asyar dan Maghrib dengan Isya).
Bila berlaku
kepayahan Allah Ta’ala memudahkan. Kiranya dalam keadaan darurat yang ada hanya
makanan haram dimakan, tidak ada makanan lain dan jika tidak makan mati, maka
dibenarkan makan dengan kadar yang diizinkan untuk menyambung kehidupan.
Dosa sebesar
mana sekalipun diampunkan oleh Allah Ta’ala dengan syarat bertaubat dan tidak
syirik. Dosa berzina, minum arak, berjudi, makan riba, membunuh dan lain-lain
diampun oleh Allah Ta’ala jika bertaubat dengan memenuhi syarat-syarat taubat
dan tidak menyegutukan Allah dengan sesuatu yang lain (syirik).
Firman Allah
Ta’ala bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak mengampun dosa orang syirik
terhadap Allah Ta’ala”. Menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain,
mengadakan tuhan selaian daripada Allah atau menyembah seperti menyembah Allah
Ta’ala adalah syirik.
Syirik juga
termasuk meletakkan atau memakai undang-undang dan hukum-hukum yang lain
daripada hukum Allah Ta’ala, menganggap hukum itu lebih baik daripada hukum
Allah Ta’ala.
Contohnya
hukum qisas dan hukum hudud ditukar dengan hukum lain.
Allah Ta’ala
tidak mengampunkan dosa syirik kecuali dia menghilangkan syirik itu dengan
kalimah tauhid.
Menggandakan
amal kebajikan dengan pahla 10 kali ganda. Amal kebajikan digandakan 10 kali
ganda, ada yang digandakan 70 kali, ada yang digandak 700 kali dan ada yang
digandakan tidak terhingga banyaknya seperti puasa Ramadan dan beberapa zikir
yang tertentu.
Amal jahat
dikira dosa sekadarnya. Amal jahat dikira satu dosa sahaja dan diberi peluang
untuk bertaubat.
Diberi pahla
orang berniat mengerjakan kebajikan asalkan niatnya ikhlas yang bukan
angan-angan. Orang berniat untuk mengerjakan kejahatan tidak direkod kejahatan
tetapi niat hendak membuat baik ditulis satu kebajikan. Bila melakukan
kebajikan dicatat 10 kali ganda. Bila niat hendak membuat jahat tidak ada
catatan direkodkan tetapi bila melakukan kejahatan itu baru ditulis satu dosa
sahaja dan diberi peluang pula untuk bertaubat.
Berkata Abu
Sulaiman RA maknanya yang sangat mengasihi akan hamba-Nya yang berbuat baik,
melimpah kebaikan-Nya kepada semua makhluk, yang sangat kasih kepada hamba yang
berbuat baik.
Disebut
dalam hadis kursi, “Barang siapa yang mendekati aku sejengkal aku mendekatinya
satu hasta, barang siapa yang mendekati Aku satu hasta aku mendekatinya satu
depa dan barang siapa yang datang kepada Aku dalam keadaan berjalan Aku datang
dalam keadaan berjalan yang lebih cepat, barang siapa yang menuju kepada Aku
dalam keadaan berjalan dengan lebih cepat Aku menuju kepadanya dengan berlari”.
Itu
menunjukkan bagaimana Allah Ta’ala kasih kepada hamba-hamba-Nya yang berbuat
baik.
Kebaikan-Nya
melimpah kepada sekalian makhluk, bukan sahaja manusia dan malaikat tetapi termasuklah binatang-binatang yang buas.
Allah Ta’ala tidak kedekut, tuhan memberi rezeki kepada semua hamba-Nya.
Orang Yahudi
berkata Allah Ta’ala kedekut. Oleh sebab itu orang Yahudi dilaknat oleh Allah
Ta’ala.
Kadang-kadang
kita minta doa, doa tidak dimakbulkan selalu.
Ini
menunjukkan Allah Ta’ala sayang kepada kita. Jika diberi selalu kita mungkin
menjadi rosak, maka Allah Ta’ala tangguh pemberian-Nya kerana hikmat yang hanya
diketahui oleh Allah Ta’ala. Oleh yang demikian jangan cepat putus asa bila
berdoa tidak nampak hasilnya. Ini mungkin Allah Ta’ala hendak mengurniakan
lebih baik lagi di masa akan datang.
Maha
melimpah kebaikan-Nya kepada auliat-Nya yang mengkhusus kesetiaan kepada-Nya,
kepada wali-wali-Nya yakni mereka yang hampir dengan Allah Ta’ala lebih
daripada orang lain dengan ibadatnya, denga ketaatannya, dengan akhlaknya yang
mulia, dengan perjuangan dan jihadnya, mereka adalah wali-wali Allah dan Allah
Ta’ala memberi kebaikan yang tidak terhingga kepada mereka.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment