S1 – Di Sri Langka dan India ada
banyak puak di kalangan Muslim walaupun mengikut Quran dan hadis yang sama.
Mengapa berlaku demikian?
J1- Dr Zakir Naik
Jawapannya ada dalam Quran surah
al-Imran (surah 3) ayat
103:
وَاعْتَصِمُوْا
بِحَبْلِ اللّٰهِ جَمِيْعًا وَّلَا تَفَرَّقُوْا ۖ وَاذْكُرُوْا نِعْمَتَ
اللّٰهِ عَلَيْكُمْ اِذْ كُنْتُمْ اَعْدَآءً فَاَ لَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ فَاَصْبَحْتُمْ
بِنِعْمَتِهٖۤ اِخْوَانًا ۚ وَكُنْتُمْ عَلٰى شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ
فَاَنْقَذَكُمْ مِّنْهَا ؕ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللّٰهُ لَـكُمْ
اٰيٰتِهٖ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُوْنَ
( 103 ) Dan berpegang
teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu
bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu
bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara
hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah
kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu
telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa
jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam
juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya,
supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.
Tali (agama) Allah ialah Quran.
Quran menyuruh berpegang teguh dengan tali Allah, berpegang teguh dengan Quran,
hadis sahih dan jangan bercerai-berai. Jadi Islam tidak boleh ada perpecahan.
Tambahan lagi Quran menyebut dalam surah al-An’am (surah 6) ayat 159:
اِنَّ
الَّذِيْنَ فَرَّقُوْا دِيْنَهُمْ وَكَانُوْا شِيَـعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِيْ
شَيْءٍ ؕ اِنَّمَاۤ اَمْرُهُمْ اِلَى اللّٰهِ ثُمَّ
يُنَـبِّـئُـهُمْ بِمَا كَانُوْا يَفْعَلُوْنَ
( 159 ) Bahawasanya
orang-orang yang mencerai-beraikan ugama mereka (dengan
perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi
berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka.
Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan
menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka
lakukan (dan membalasnya).
Jadi berpecah-belah dan membuat
puak-puak dalam Islam hukumnya haram.
Itulah alasan mengapa ada banyak
Muslim dengan nama yang berbeza-beza, tetapi yang sebenarnya patut dipanggil
hanyalah Muslim. Semua Muslim patut mengikuti Quran dan hadis sahih. Ulamak
manapun jika mengikut Quran dan hadis sahih, bermakan betullah mereka. Jika
tidak mengikut Quran dan hadis sahih maka pulaulah mereka.
Untuk membuat organisasi yang
berbeda, seseorang bekerja dalam bidang pendidikan, seseorang bekerja dalam
bidang agama, seseorang membantu orang-orang miskin, maka tidak menjadi
masalah. Melakukannya secara jemaah membuat organisasi maka tidak ada masalah.
Tetapi sebagai satu agama, kita tidak boleh bercerai-berai, tidak ada
puak-puak. Quran melarang kita berpecah-belah.
Rasulullah SAW bersabda dalam
hadis Tirmidzi, hadis nombor 171 bermaksud:”Bahawa akan ada 73 puak dalam agama
Islam.”
Allah SWT berfirman agar jangan
membuat puak-puak tetapi Rasulullah bersabda bahawa akan ada. Sayangnya kita
sebagai Muslim berpecah-belah dan Rasulullah menyatakan Muslim akan
berpuak-puak dan Rasulullah bersabda bahawa satu puak sahaja yang akan masuk
syurga.
Para sahabat bertanya: “Mana satu
yang akan masuk syurga?”
Rasulullah SAW bersabda: “Mereka
yang mengikut Quran dan sunnah aku.”
Sayang sekali, pada saat ini ada
banyak puak orang Islam: Syiah, Sunni, Hanafi, Hanbali termasuk puak manakah ya
Rasulullah? Tidak ada Syiah dalam Quran. Rasulullah SAW adalah seorang Islam.
Allah SWT berfirman dalam surah
al-Imran (surah 3) ayat 64:
قُلْ
يٰۤـاَهْلَ الْكِتٰبِ تَعَالَوْا اِلٰى كَلِمَةٍ سَوَآءٍۢ بَيْنَـنَا
وَبَيْنَكُمْ اَلَّا نَـعْبُدَ اِلَّا اللّٰهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهٖ شَيْــئًا
وَّلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا اَرْبَابًا مِّنْ دُوْنِ اللّٰهِ
ؕ فَاِنْ تَوَلَّوْا فَقُوْلُوا اشْهَدُوْا بِاَنَّا مُسْلِمُوْنَ
( 64 ) Katakanlah (wahai
Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan
antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan
kita tidak sekutukan dengan0-Nya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian
dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang
dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli
Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka:
"Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".
Setiap ulamak daripada keempat
imam besar, imam Abu Hanifa, imam Ahmad ibni Hanbal, imam Malik, imam Syafie
berkata: “Jika pendapat aku bertentangan dengan Allah dan Rasul-Nya, maka
jangan terima pendapat itu.” Oleh itu apapun yang saya katakan dalam Islam
adalah kosong, maksudnya apa yang anda sekalian ikut adalah Quran dan hadis
sahih. Jadi, bagi semua jawapan saya yang berdasarkan Quran dan hadis sahih,
iaitu surah sekian dan ayat sekian.
Kita mesti menghormati ulamak
besar kerana mereka tidak pernah membuat puak-puak sendiri. Mereka berusaha
agar orang-orang Islam memahami Islam dengan lebih baik. Sayangnya para
pengikut mereka mulai membuat puak sendiri. Ulamak-ulamak itu mengatakan jika
pendapatnya menepati Quran dan hadis sahih, ikutlah, sebaliknya tolaklah.
Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa (surah 4) ayat 59:
يٰۤـاَيُّهَا
الَّذِيْنَ اٰمَنُوْۤا اَطِيْـعُوا اللّٰهَ وَاَطِيْـعُوا الرَّسُوْلَ وَاُولِى
الْاَمْرِ مِنْكُمْ ۚ فَاِنْ تَنَازَعْتُمْ فِيْ شَيْءٍ فَرُدُّوْهُ اِلَى
اللّٰهِ وَالرَّسُوْلِ اِنْ كُنْـتُمْ تُؤْمِنُوْنَ بِاللّٰهِ وَالْيَـوْمِ
الْاٰخِرِ ؕ ذٰ لِكَ خَيْرٌ وَّاَحْسَنُ تَأْوِيْلًا
( 59 ) Wahai orang-orang
yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan
kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka
hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah)
Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang
demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
Ulil Amri maksudnya orang-orang
yang berpengetahuan agama, para ulamak, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya
dan orang-orang berpengetahuan agama. Ayatnya masih ada sambungannya: “Kemudian
jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah
(al-Quran) dan Rasul (sunahnya).”
Jika ada ulamak berselisih
pendapat maka kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya, semak Quran dan hadis
sahih. Lalu anda bertanya saya: “Golongan manakah saya?” Saya adalah Muslim.
Saya daripada awal lagi Muslim, dan pada akhirnya tetap Muslim, saya mengikut
Quran dan hadis sahih. Siapapun yang perkataannya mengikut Quran dan hadis
sahih, maka saya ikut. Jika menyimpang kerana budaya, tanah air dan bangsa maka
kita tidak boleh ikut. Jangan ikut budaya tetapi ikut Quran dan hadis sahih.
Jika tidak ada dalam Quran dan
hadis sahih maka itu bukan sebahagian dari agama ini. Jika itu terbukti dari
Quran dan hadis sahih, maka itu sebahagian dari agama kita. Islam hanya satu,
seharusnya kita tidak boleh berpecah-belah.
Semoga menjawab pertanyaan anda.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment