S1a
– Apa tujuan Tuhan mencipta manusia dan mengapa Tuhan mencipta manusia?
J1a
– Dr Zakir Naik
Manusia
ialah makhluk ciptaan Tuhan yang terbaik. Makhluk lain seperti para malaikat
dicipta tanpa ada pilihan. Malaikat mesti menurut perintah Allah 100%. Kita
manusia, Tuhan beri pilihan, sama ada hendak menurut atau melanggar perintah
Allah. Kita berlainan ciptaan kerana makhluk lain mesti menurut perintah Allah
100%.
Manusia
diberi pilihan. Jika ikut perintah Allah, mertabat manusia menjadi lebih tinggi
dan lebih baik daripada para malaikat. Sebaliknya jika melanggar perintah Allah
manusia menjadi macam syaitan.
Allah
Ta’ala tanya siapa yang hendak jadi manusia. Quran menyebut kita manusia bodoh.
Jika guru berkata tiada peperiksaan, saya akan beri kamu semua lulus 40%. Jika
kamu masuk periksa kamu boleh mendapat markah 60%, 70%, 95% atau 10%. Jika
tidak ambil periksa cuma lulus 40%. Kita bodoh, Quran sebut. Jika hendak markah
tinggi patut ambil periksa kerana boleh mencapai markah tinggi.
Allah
SWT berfirman:
وَ اِذْ اَخَذَ رَبُّكَ
مِنْۢ بَنِيْۤ اٰدَمَ مِنْ ظُهُوْرِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَ اَشْهَدَهُمْ عَلٰٓى
اَنْفُسِهِمْ ۚ اَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ؕ قَالُوْا
بَلٰى ۛ شَهِدْنَا
ۛ اَنْ تَقُوْلُوْا يَوْمَ الْقِيٰمَةِ اِنَّا كُنَّا عَنْ هٰذَا
غٰفِلِيْنَ
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".(QS. Al-A'raf: Ayat 172)
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".(QS. Al-A'raf: Ayat 172)
Pada
masa pengajaran guru memberi buku teks. Bila periksa buku teks tidak
dibenarkan. Manusia bersetuju memikul amanah sebagai khalifah di bumi. Gunung
ganang tidak sanggup tetapi manusia sanggup
Mengapa
tuhan jadikan manusia. Jawapannya ialah surah ad-Dhariat (surah 51) ayat 56:
Allah SWT berfirman:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ
وَالْاِنْسَ اِلَّا لِيَعْبُدُوْنِ
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." (QS. Az-Zariyat: Ayat 56)
Tujuan
hidup ialah untuk menyembah Allah. Sembahyang salah satu cara menyembah Allah.
Allah kata jangan bunuh manusia yang tidak berdosa dan jika anda tidak
membunuhnya maka anda menyembah Allah. Allah kata anda mesti hormat ibu bapa
kamu. Jika anda hormat bererti anda menyembah Allah. Quran kata kita mesti
menghormati jiran. Jika kita menghormati jiran maka kita melaku ibadat dan kita
menyembah Allah. Jika ikut peraturan dan undang-undang yang sama keadaan akan
menjadi aman damai
S1b
– Apa pilihan kita?
J1b
– Dr Zakir Naik
Jika
tidak ambil periksa markah cuma 40% kerana 40 adalah markah minimum untuk
lulus. Jika ambil periksa anda boleh mendapat markah 70%, 90% dan boleh juga
mendapat markah 15%. Jadi guru memberi anda pilihan.
Atas
dunia anda diberi pilihan, bila mati tiada pilihan lagi. Di akhirat anda akan
dibicarakan. Kehidupan adalah ujian untuk hari akhirat. Allah Ta’ala berfirman
dalam surah Mulk (surah 67) ayat 2:
اۨلَّذِيْ خَلَقَ الْمَوْتَ
وَالْحَيٰوةَ لِيَبْلُوَكُمْ اَيُّكُمْ اَحْسَنُ عَمَلًا
ؕ وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْغَفُوْرُ
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" (QS. Al-Mulk: Ayat 2)
Ibu
bapa, harta benda, anak pinak dan semuany menjadi ujian bagi kita. Jika ikut
arahan dan peraturan Allah anda akan mendapat markah 80%, 90% dan sebagainya
dan jika anda mendapat kurang daripada 40% anda gagal dan pergi ke neraka.
S1c
– Mengapa ujian diperlukan?
J1c
– Dr Zakir Naik
Mengapa
guru menyediakan ujian? Ujian mesti ada lulus atau gagal. Jika mendapat markah
yang baik anda diberi pangkat cemerlang. Ada tahap-tahapnya, kelas pertama,
kedua dan ketiga. Oleh itu dengan memberi ujian guru boleh mengetahui
pencapaian tiap-tiap orang pelajar.
Sebelum
memasuki ujian anda kena baca buku teks dan mengikut peraturan buku teks. Anda
belajar dan jawab peperiksaan. Dalam kehidupan manusia cuma ada satu buku teks
iaitu Quran dan hadis nabi SAW. Quran dan hadis adalah buku teks sepanjang
zaman. Jika anda membaca dan mengikut Quran insya Allah anda akan lulus, boleh
jadi 60%, 70% dan sebagainya.
S1d
– Apakah faedah ujian kepada Tuhan?
J1d
– Dr Zakir Naik
Sebagai
contoh saya kata ‘Allah Akbar’ (Allah Maha Besar). Apa faedah kepada Tuhan.
Dengan menyebut ‘Allah Akbar’ walaupun disebut ribuan kali tidak memberi
apa-apa kesan kepada Allah, Allah tidak menjadi lebih besar kerana Allah sudah
Maha Besar. Allah tidak mendapat apa-apa faedah tetapi kita manusia yang
menyebut dan memuji Allah mendapat faedah.
Andai
kata ibu anda ada penyakit serangan jantung, doktor pakar jantung dan manusia
biasa memberi nasihat. Mana satu nasihat yang anda patut ikut, doktor pakar
jantung atau manusia biasa. Jawapannya sudah tentu doktor pakar kerana doktor
lebih mengetahui. Jadi kita ikut nasihat doktor pakar.
Kini
Allah yang Maha Besar menasihati kita. Allah menyuruh kita menghormati ibu
bapa, kita patut ikut, Allah menyuruh kita sedekah kita patut sedekah. Semua
ibadah yang kita lakukan itu tidak berfaedah kepada Allah tetapi berfaedah
kepada kita kerana kita makhluk dan Allah amat gembira. Jika semua manusia
memuji Allah tidak menambah apa-apa kepada Allah. Bila memuji Allah bermakna
mereka akan lulus. Bagi guru jika pelajar lulus sudah pasti guru gembira.
Jadi
Allah gembira bila manusia memuji-Nya walaupun faedah itu dapat kepada manusia.
ALHAMDULILLAH
WANITA JEPUN ITU MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
S2a
– Bagaimana orang Islam cuba menubuhkan sebuah negara?
J2a
– Dr Zakir Naik
Kita
cuba mengikut perintah Allah. Jika sesebuah negara melaksanakan peraturan Allah
sebagaimana yang disebut dalam Quran dan hadis nabi SAW maka negara itu menjadi
negara Islam.
Apa
yang disebut dalam media mengatakan negara itu dan negara ini adalah negara
Islam adalah tidak benar. Satu gambaran yang tidak tepat diberi oleh media.
Negara Islam ialah negara yang melaksanakan pemerintahan mengikut Quran dan
hadis Rasulullah SAW.
S2b
Adakah IS dan ISIS sebuah negara Islam?
J2b
– Dr Zakir Naik
Mana-mana
negara yang betul-betul mengikut Quran maka negara itu negara Islam. Tetapi apa
yang disebut dalam media kita tidak mengetaui sama ada betul atau salah. Kita
tidak boleh yakin kepada media. Tetapi jika berdasarkan maklumat yang
diberitahu, membunuh manusia yang tidak bersalah adalah dilarang keras dalam
Islam.
Allah
SWT berfirman:
مِنْ اَجْلِ ذٰ لِكَ
ۛ ۚ كَتَبْنَا عَلٰى بَنِيْۤ اِسْرَآءِيْلَ اَنَّهٗ مَنْ
قَتَلَ نَفْسًۢا بِغَيْرِ نَفْسٍ اَوْ فَسَادٍ فِى الْاَرْضِ فَكَاَنَّمَا قَتَلَ
النَّاسَ جَمِيْعًا ؕ وَمَنْ اَحْيَاهَا فَكَاَنَّمَاۤ
اَحْيَا النَّاسَ جَمِيْعًا ؕ وَلَـقَدْ جَآءَتْهُمْ رُسُلُنَا
بِالْبَيِّنٰتِ ۖ ثُمَّ اِنَّ كَثِيْرًا مِّنْهُمْ بَعْدَ ذٰ
لِكَ فِى الْاَرْضِ لَمُسْرِفُوْنَ
"Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi." (QS. Al-Ma'idah: Ayat 32)
Jika
membunuh orang tidak berdosa maka negara itu bukan negara Islam kerana Tuhan
melarang keras membunuh orang yang tidak berdosa.
S3
– Tuhan telah mengirim 25 orang rasul termasuk rasul terakhir, Muhamad. Selepas
kewafatan nabi Muhamad SAW banyak perkara yang tidak menentu wujud. Apakah
rancangan tuhan mengenainya?
J3
– Dr Zakir Naik
Tuhan
yang Maha berkuasa mengetahui apa yang akan berlaku di masa akan datang.
Semuanya dinyatakan dalam hadis. Jika dibaca hadis telah digambarkan bagaimana
dunia akan berakhir. Contohnya banyak negara berlomba-lomba membuat bangunan
tinggi-tinggi. Apa akan berlaku telah disebut dalam Quran dan hadis sahih. Kita
tidak perlu lagi utusan Allah kerana nabi Muhamad SAW ialah rasul akhir dan
penutup. Semua panduan sudah ada dalam Quran dan hadis. Apa yang perlu
dilakukan ialah ikut Quran dan hadis.
Baik
atau buruk kita kena ikut Quran dan apa yang berlaku sebenarnya ialah ujian.
Untuk berjaya dalam ujian kita kena perlu ikut Quran dan hadis.
Adakah
anda pernah dengar mengenai Islam?
“Ya”
Adakah
anda suka apa yang anda dengar tentang Islam?
“Ya”
Adakah
anda percaya kepada tuhan yang satu?
“Ya”
Adakah
anda percaya Muhamad itu pesuruh Allah?
“Ya”
Dua
perkara asas itu sudah cukup untuk membuktikan anda telah Islam. Dua perkara
ini penting untuk seseorang masuk Islam.
Jika
anda percaya kepada 2 perkara asas bermakna anda sudah Islam. Jika anda
mengucap dua kalimah syahadah peluang anda untuk pergi ke depan dalam bidang
keislaman akan menjadi lebih mudah. Anda akan berlajar lebih dan akan menjadi
seorang Muslim yang beramal. Yang penting ialah mengucap dua kalimah syahadah.
“Saya
mahu belajar lagi”
Jika
anda mengucap dua kalimah syahadah ia akan menjadi lebih mudah untuk anda
beramal
ALHAMDULILLAH
WANITA JEPUN ITU MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
Saya
memohon kepada Allah agar anda dimasukkan ke dalam syurga, insya Allah.
S4
– Saya tidak pernah melihat wanita Islam berceramah di atas pentas. Mengapa?
J4
– Dr Zakir Naik
Biasanya
bila wanita memberi ceramah, dia pastikan hanya wanita sahaja yang berada dalam
majlis. Isteri saya memberi ceramah di seluruh dunia, tetapi bila dia memberi
ceramah hanya wanita sahaja yang mendengar, tiada kaum lelaki di majlis itu.
Lelaki dan wanita mesti dipisahkan.
Adakah
anda pernah dengar mengenai Islam?
“Ya,
saya tahu”
Adakah
anda percaya kepada Tuhan yang satu?
“Ya”
Adakah
anda percaya nabi Muhamad SAW pesuruh Allah?
“Ya”
Masya-Allah!
Adakah anda mahu menyebut dalam bahasa Arab?
“Saya
tidak yakin. Bila saya mengucap dua kalimah syahadah, kiranya Kristian datang
memujuk saya, saya bimbang saya tidak mampu mengatasinya”
Allah
SWT berfirman:
وَمَاۤ اَرْسَلْنَا قَبْلَكَ
اِلَّا رِجَالًا نُّوْحِيْۤ اِلَيْهِمْ فَسْــئَلُوْۤا اَهْلَ الذِّكْرِ اِنْ
كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ
"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui." (QS. Al-Anbiya: Ayat 7)
Allah SWT berfirman:
وَمَاۤ اَرْسَلْنَا مِنْ
قَبْلِكَ اِلَّا رِجَالًا نُّوْحِيْۤ اِلَيْهِمْ فَسْــئَلُوْۤا اَهْلَ الذِّكْرِ
اِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ
"Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui." (QS. An-Nahl: Ayat 43)
Jika
ada soalan mengganggu fikiran anda, tanya orang yang mengetahui. Sebagai contoh
jika anda sakit, anda patut berjumpa doktor. Jadi jika ada soalan mengenai
Islam anda patut tanya orang yang mengetahui tentang Islam.
Anda
perlu ada keyakinan terhadap dua perkara. Jika anda yakin hanya ada satu tuhan
dan jika anda yakin nabi Muhamad seorang pesuruh Allah, perkara-perkara lain
kurang penting. Jika anda yakin 100% terhadap dua perkara ini sudah cukup untuk
anda masuk Islam. Perkara lain seperti solat, sedekah akan berlaku secara
beransur-ansur.
Adakah
anda yakin tuhan itu satu?
“Saya
yakin tetapi saya suka makan babi”
Jika
saya beritahu anda masuk Islam dan makan babi, adakah anda masuk Islam?
“Ya”
Saya
beritahu anda lebih baik makan babi dan masuk Islam daripada syirik kerana anda
masih layak syurga walaupun makan babi yang dilarang dalam Islam.
Adakah
anda minum arak?
“Ya”
Mana
satu yang anda lebih suka, daging babi atau arak?
“Saya
suka arak yang manis-manis sahaja”
Bermakna
anda suka daging babi daripada arak. Arak lebih besar dosanya. Arak dosa besar
nombor 19. Daging babi lebih rendah dosanya berbanding dengan arak. Dosa
terbesar ialah syirik, tidak percaya adanya Tuhan. Ada ulamak kata makan babi
bukan dosa besar. Nasihat saya ialah anda berhenti minum arak, mengucap dua
kalimah syahadah dan dengan hidayah Allah anda berhenti makan babi,
insya-Allah.
“Saya
suka anjing”
Anda
mungkin terkejut mengapa Dr Zakir Naik kata boleh makan babi. Ini adalah
peraturan syari’ah, membiarkan dharurat yang kecil untuk mengelak dharurat yang
lebih besar. Saya beritahu anda boleh makan babi untuk menyelamatkan anda
daripada syirik. Dengan mengucap dua kalimah syahadah hari ini anda selamat
daripad syirik, dan boleh jadi dua tiga bulan akan datang anda diberi hidayah,
anda berhenti makan babi.
Jika
anda tidak beriman kepada Allah dan pesuruh-Nya anda tidak boleh pergi ke
syurga. Jika anda beriman kepada Allah dan pesuruh-Nya dan makan babi anda
masih lagi ada peluang pergi ke syurga. Saya hendak anda masuk syurga dan anda
boleh makan babi buat sementara waktu. Oleh itu masuk Islam dan beransur-ansur
beramal apa yang dikehendaki oleh Islam.
Anda
telah mamakai hijab, masya-Allah, anda telah beramal dengan cara hidup Islam.
“Saya
tidak berapa yakin lagi!”
Anda
telah memakai hijab yang sangat sukar dilakukan oleh wanita Islam. Ini
mengkagumkan saya dan jika anda masuk Islam, insya-Allah anda akan belajar
Islam dengan lebih cepat.
Adakah
anda hendak melapazkan syahadah
‘Ya”
Masya-Allah.
“Bolehkah
saya makan ikan lomba-lomba (dolpin)?
Dolpin
tiada masalah.
ALHAMDULILLAH
WANITA JEPUN ITU MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
“Berikan
nama Islam untuk saya”
Saya
memilih nama Aisyah, isteri nabi Muhamad SAW.
KULIAH
YT
No comments:
Post a Comment