S1a – Adakah
Islam agama yang benar?
S1b –
Bagaimana kita mengetahui Islam itu agama benar?
J1a & 1b
– Dr Zakir Naik
Saya akan
gabungkan jawapan bagi dua pertanyaan itu.
Islam
berasal daripada perkataan “salam” bererti “selamat”. Islam juga berasal
daripada perkataan Arab “slim” bererti menyerah diri kepada Tuhan. Islam
bererti selamat yang diperolehi dengan menyerah diri kepada Tuhan. Bagi kitab
mana pun untuk membuktikan bahawa dia pesanan atau utusan daripada Tuhan,
wahyu, kitab atau agama itu mesti berjaya menempuh zaman.
Sebelumnya
adalah zaman mukjizat dan Quran adalah mukjizat dari segala mukjizat.
Selanjutnya datanglah zaman kesusasteraan dan puisi. Cerdik pandai Arab Islam
dan bukan Islam mengaku Quran sebagai kesusasteraan Arab terbaik di muka bumi.
Tetapi
sekarang, jika sebuah kitab agama berkata dengan cara bersajak “bumi rata”,
adakah manusia modern percaya? Tentu sekali tidak. Kerana sekarang zaman sains
dan teknologi. Jadi jika kita melakukan ujian sains dan teknologi ini ke semua
kitab agama yang ada di zaman sekarang, dari semua agama di seluruh dunia,
semua gagal kecuali Quran.
Saya telah
memberi ceramah bertajuk “Quran dan Sains Modern: Sejajar atau tidak sejajar”.
Waktu tidak mengizinkan saya memberi ceramah penuh dalam sesi soal jawab ini.
Tetapi saya ingin menyebut, Albert Einstein (fizikawan dan pemenang hadiah
nobel) berkata, “Sains tanpa agama itu cacat. Agama tanpa sains itu buta”
Izinkan saya
mengingatkan anda, Quran bukanlah kitab sains, tetapi merupakan kitab
dalil-dalil dan ada lebih dari 6,000 dalil, lebih dari 6,000 ayat dalam Quran,
dari jumlah itu 1,000 ayat membicarakan tentang sains.
Jika anda
bandingkan fakta-fakta saintifik yang kita ketahui, kita bertemu dengan apa
yang baru saja ditemukan oleh sains, mungkin 50-100 tahun lalu, 200 tahun lalu,
400 tahun lalu, Quran telah menyebutnya 1,400 tahun yang lalu.
Quran telah
menyebut tentang penciptaan alam sejagat dalam surah Anbia (surah 21) ayat 30:
اَوَلَمْ
يَرَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْۤا اَنَّ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضَ كَانَـتَا رَتْقًا
فَفَتَقْنٰهُمَا ؕ وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَآءِ كُلَّ
شَيْءٍ حَيٍّ ؕ اَفَلَا يُؤْمِنُوْنَ
( 30 )
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa
sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda
yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air,
tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
Apa yang
baru sahaja ditemukan oleh para ilmuan tentang big bang, apa yang baru
ditemukan 50 tahun dulu telah disebut dalam Quran 1,400 tahun lalu.
Kita baru
tahu bahawa bumi itu bulat pada tahun 1577 ketika Sir Francis Drake belayar
mengelilingi dunia. Quran menyebut dalam surah Naaziaat (surah 79) ayat 30:
وَالْاَرْضَ بَعْدَ ذٰلِكَ دَحٰٮهَا
( 30 )
Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), -
Ayat ini
merujuk kepada bentuk dari telur burung unta, dan kita tahu bahawa telur burung
unta itu bentuknya geo-spherical.
Kita
sebelumnya tidak menyangka bahawa bulan mempunyai cahaya sendiri. Beberapa
ratus tahun lalu kita baru mengetahui bahawa cahaya bulan adalah cahaya dari
matahari, bukan cahayanya sendiri. Ini telah disebut dalam Quran 1,400 tahun
dahulu dalam surah Furqan
(surah 25) ayat 61:
تَبٰـرَكَ الَّذِيْ
جَعَلَ فِى السَّمَآءِ بُرُوْجًا وَّجَعَلَ فِيْهَا سِرٰجًا وَّقَمَرًا
مُّنِيْرًا
( 61 )
Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat
peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi.
Ketika saya
masih sekolah, saya belajar bahawa matahari beredar tetapi tidak berputar pada
tempat edaran masing-masing. Quran menyebut dalam surah Anbia (surah 21) ayat 33:
وَهُوَ
الَّذِيْ خَلَقَ الَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ؕ
كُلٌّ فِيْ فَلَكٍ يَّسْبَحُوْنَ
( 33 )
Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta
matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran
masing-masing (di angkasa lepas).
Zaman
sekarang sains memberitahu bahawa matahari selain beredar, ia juga berputar di
atas paksinya dan ini telah disebut dalam Quran 1,400 tahun dahulu. Quran juga
menyebut tentang botani, biologi, zoology, embriologi, genetic, semua ini baru
kita ketahui sekarang, 50 tahun dulu, 100 tahun dahulu, 300 tahun dahulu, 500
tahun dahulu. Jadi jika kita menjalankan ujian sains di zaman sekarang kepada
semua kitab agama, satu-satunya kitab agama yang berjaya dalam ujian ini adalah
Quran.
Sekarang
sains belum lagi maju sepenuhnya, oleh itu sains tidak tahu banyak perkara.
Jika kita menganalisa Quran, kita mengetahui kira-kira 80% daripada apa yang
dibicara oleh Quran tentang sains telah disahkan 100% benar oleh sains. Mungkin
sekitar 20% yang masih samar-samar, tidak mengatahui sama ada benar atau tidak.
Jadi pada logik saya, bila 80% itu 100% benar, insya Allah baki 20% lagi akan
menjadi benar.
Tidak ada
satu ayat pun dalam Quran yang bertentangan dengan fakta sains. Mungkin ada
hipotesis yang bertentangan dengan Quran, tetapi tidak ada satu ayat Quran pun
yang bertentangan dengan fakta sains manapun. Jadi berdasar ini jika dijalankan
ujian ini terhadap mana-mana kitab, satu-satunya agama, satu-satunya kitab yang
berjaya dengan ujian ini adalah Islam dan Quran.
Saya
memulakan sesi soal jawab dengan menyebut ayat Quran dalam surah Isra’ (surah 17) ayat 81:
وَقُلْ
جَآءَ الْحَـقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ؕ اِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ
زَهُوْقًا
( 81 )
Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang
lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu
sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".
Jadi segala
kebatilan akan lenyap. Jadi jika anda membuat ujian, satu-satunya agama yang
berjaya melepasi ujian, satu-satunya agama yang benar yang tidak diubah. Dengan
alasan ini seorang cerdik pandai yang mengkritik Islam 200 tahun dahulu,
mengatakan: “Satu-satunya kitab agama yang belum diubah dan dijaga keasliannya
sejak 1,200 tahun dahulu adalah Quran.” Berdasarkan fakta ini, satu-satunya
agama yang dapat kita fikirkan dan fahami serta kita yakin benar adalah Quran.
S1c – Dia dengar dalam salah satu ceramah saya,
saya menyebut nabi Isa berkata: “Jika anda ingin masuk syurga, anda harus
mengikut semua perintah Tuhan dan mengikut semua hukum dalam Perjanjian Lama.
Bagaimana zaman sekarang kita boleh mematuhi semua hukum dalam Perjanjian Lama?
J1c – Dr
Zakir Naik
Mengenai
pertanyaan ini, bahawa saya menyebut dalam ceramah, bahawa Isa AS berkata:
“Anda patut mengikuti perintah dalam Perjanjian Lama.” Saya telah mengambil
ayat daripada Bible, Gospel Matius 5:17-20, Nabi Isa AS berkata: “Jika hidup
keagamaan anda tidak lebih benar daripada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan
orang-orang Farsi, sesungguhnya anda tidak akan masuk dalam Kerajaan Syurga.”
Jadi jika
anda ingin menjadi orang Kristian yang baik di masa nabi Isa AS, dan jika mahu
masuk syurga, anda patut mengikuti semua perintah dalam Perjanjian Lama. Anda
tidak boleh menyeleweng mana-mana bahagian pun. Jika anda menyeleweng, anda
tidak akan masuk Kerajaan Syurga. Jadi berdasar ayat Bible daripada Gospel
Matius 5: 17-20, anda mesti mematuhi setiap hukum dari Perjanjian Lama.
Pertanyaan
anda sangat baik dan sangat logik: Bagaimana mungkin kita di zaman sekarang
mematuhi segalanya dari Perjanjian Lama kerana ini sulit? Saya setuju dengan
anda.
Itulah
alasan menyebabkan nabi Isa berkata dalam Gospel Yohanes 16: 12-14. Dia
berkata: “Banyak lagi yang mahu saya katakan kepada kamu, namun sekarang ini
kamu sekalian belum sanggup menerimanya. Tetapi jika Roh itu datang, kamu semua
akan dibimbingnya untuk mengenal seluruh kebenaran. Ia tidak akan berbicara
daripada diri sendiri tetapi mengatakan apa yang sudah didengarnya, Ia akan
mengagungkan saya.”
Di sini nabi
Isa AS membayangkan kedatangan nabi penutup dan terakhir, nabi Muhamad SAW.
Bila dia datang dia akan membimbing anda kepada segala kebenaran. Ini bermakna
nabi Isa tahu bahawa segala yang disebut dalam Bible tidak boleh diikuti di
zaman selanjutnya, mungkin beberapa abad kemudian.
Itulah
sebabnya dia berkata: “Tetapi kalau Ruh itu datang, anda semua akan
dibimbingnya untuk mengenal seluruh kebenaran.” Di sini nabi Isa AS bercakap
mengenai nabi Muhamad SAW. Jadi pada masa itu, kemungkinan boleh mengikuti
aturan dan undang-undang yang disebut dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian
Baru. Tetapi nabi Isa AS berkata: “Di masa depan, bila nabi penutup dan
terakhir, nabi Muhamad SAW datang, anda mesti mengikutinya.”
Oleh itu,
jika anda ingin menjadi pengikut Kristian yang baik di zaman sekarang, selain
beriman kepada Tuhan yang Esa, anda mesti beriman kepada nabi Muhamad SAW.
Semoga semua
itu menjawab pertanyaan anda.
S1d –
Bagaimana saya boleh menyesuaikan diri dan berhubung dengan keluarga saya jika
saya masuk Islam dan memiliki dua agama yang berbeza dalam rumah yang sama?
J1d – Dr
Zakir Naik
Anda tahu
ada Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama. Walaupun anda Kristian, anda boleh
mengikuti hukum Perjanjian Lama bila Perjanjian Baru telah datang. Jika ada
Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, mesti ada juga Perjanjian Terakhir. Quran
adalah Perjanjian Terakhir dari Tuhan. Dalam Quran, tiada satu nabi pun yang
disebut dalam Bible dihapuskan. Dalam Islam, kita mesti percaya semua nabi yang
terdahulu. Tidak kurang dari 25 nabi yang disebut dalam Quran. Semua nabi
kecuali nabi Muhamad SAW disebut juga dalam Bible. Jadi kita mesti menghormati
semua nabi yang diutus oleh Tuhan.
Nabi kita
Muhamad SAW bersabda bahawa Allah telah mengutus seramai 124,000 nabi di muka
bumi. Jika masuk Islam, anda mesti menghormati semua nabi yang ada dalam Bible.
Bahkan anda mesti memberitahu mereka: “Saya mengikuti 100% apa yang nabi Isa AS
sebut.” Apa yang dilakukan oleh penganut Kristian lain, mereka mungkin
mengikuti 80%, mungkin 90% dan mungkin 50%.
Anda patut
memberitahu mereka bahawa Gospel Yohanes 16: 12-14 berbunyi: “Banyak lagi yang
saya mahu katakan kepada kamu, namun sekarang anda semua belum sanggup
menerimanya. Tetapi kalau Roh itu datang, anda semua akan dibimbingnya untuk
mengenal semua kebenaran.” Jadi saya mengikuti nabi Isa AS lebih baik daripada
orang Kristian. Jadi jika anda masuk Islam, anda akan menjadi Kristian yang
lebih baik daripada orang Kristian sendiri.
Semoga
soalan anda terjawab.
“Saya
tertarik dengan Islam dan sekarang akan menerima Islam”
ALHAMDULILLAH INSAN ITU MENGUCAP
DUA KALIMAH SYAHADAT
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment