Kehidupan atas dunia adalah ujian
untuk kehidupan selepas mati. Mati bukan balasan Allah SWT tetapi berakhirnya
kehidupan, ujian sudah tamat.
Pelajar sekolah atau universiti
dikehendaki mengambil peperiksaan. Bila cukup tempoh peperiksaan, pelajar
dikehendaki berhenti menulis dan kertas jawapan dipungut kerana peperiksaan
sudah tamat. Keputusannya, ada pelajar mendapat keputusan cemerlang, ada
pelajar cuma lulus dan ada pelajar yang gagal. Jadi bila peperiksaan tamat
bukan bererti balasan tetapi menandakan peperiksaan sudah selesai.
Bila berlakunya tsunami atau
gempa bumi yang menyebabkan ribuan orang mati bukan bermakna balasan Allah SWT
kerana yang mati ada orang yang baik dan ada orang yang membuat banyak maksiat.
Semasa hidup manusia menempuh
musibah atau perkara baik. Jika musibah sama ada balasan atau ujian. Bagi orang
yang banyak membuat dosa musibah adalah balasan untuk menyedarkan mereka, dan
bagi orang yang baik-baik musibah adalah ujian untuk menaikkan status mereka.
Jika berlaku perkara-perkara
baik, bagi orang jahat adalah ganjaran dan bagi orang beriman ia adalah ujian.
Bila mati ujian tamat,
peperiksaan tamat. Mereka yang banyak pahala akan pergi ke syurga dan
sebaliknya jika banyak dosa akan di masukkan ke dalam neraka. Itulah keputusan
peperiksaan atau ujian kehidupan di dunia.
…….. Dr Zakir Naik
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment