S9 – Saya
datang daripada budaya yang berlainan, separuh Filifino dan seperuh Indian.
Saya tertarik dengan Islam tetapi tidak mengetahui apa yang menghalang saya.
J9 – Dr
Zakir Naik
Anda patut
mengambil satu langkah ke hadapan.
Adakah anda
percaya bahawa tuhan itu satu?
“Ya”
Adakah anda
percaya menyembah patung itu haram?
“Ya”
Adakah anda
percaya bahawa Isa itu bukan tuhan?
“Ya. Saya
percaya dia bukan tuhan tetapi pesuruh Allah”
Adakah anda
percaya Muhamad SAW pesuruh Allah?
“Ya”
Bila anda percaya tuhan itu satu
dan Muhamad SAW seorang pesuruh Allah sudah cukup untuk anda memasuki sekolah
Islam. Untuk seseorang hendak masuk sekolah dia tidak perlu ada ijazah. Dia
masuk sekolah dan terus belajar. Oleh kerana anda sudah mempunyai dua asas
kepercayaan, Insya Allah anda dipandu sebagai seorang Islam.
Adakah anda ingin masuk Islam?
“Ya”
Adakah sesiapa yang memaksa anda?
“Tidak”
Adakah anda ingin masuk Islam
dengan rela hati?
“Ya”
Saya akan sebut syahadah dalam bahasa Arab dan
anda ikut sebutannya.
“OK”
ALHAMDULILLAH WANITA ITU MASUK
ISLAM
S10 – Ada
banyak agama. Agama Hindu wujud sebelum lahir nabi Isa AS dan nabi Muhamad SAW.
Ada persamaan dan kelainan di kalangan agama-agama ini. Saya keliru dan cuba
terangkan.
J10 – Dr
Zakir Naik
Untuk
menjawabnya lihat surah al-Imran (surah 3) ayat 19:
Allah SWT berfirman:
اِنَّ الدِّيْنَ عِنْدَ اللّٰهِ الْاِسْلَامُ ۙ وَمَا
اخْتَلَفَ الَّذِيْنَ اُوْتُوا الْكِتٰبَ اِلَّا مِنْۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ
الْعِلْمُ بَغْيًا ۢ بَيْنَهُمْ ؕ وَمَنْ يَّكْفُرْ بِاٰيٰتِ اللّٰهِ
فَاِنَّ اللّٰهَ سَرِيْعُ الْحِسَابِ
"Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisab-Nya." (QS. Ali 'Imran: Ayat 19)
Ayat menerangkan
bahawa agama yang diterima Allah hanya Islam. Allah mengirim cuma satu agama
sahaja walaupun Dia melantik ramai nabi dan rasul.
Melalui
tempuh masa mesej berubah. Bila mesej berubah Allah melantik rasul lain.
Perubahan mesej ini berlaku tahun demi tahun sepanjang zaman. Walaupun ramai
rasul dilantik tetapi mesej asas adalah serupa. Mesej terakhir dan penutup yang
dikirim oleh Allah SWT ialah al-Quran.
Mengapa
Allah mengirim Quran 14 ratus tahun dahulu. Mengapa tidak mengirim Quran secara
langsung. Jika Quran diturun terus sudah tentu tiada kekeliruan.
Seorang anak
ingin menjadi doktor. Sebagai ayah menghantar anak ke sekolah kanak-kanak, ke
sekolah rendah, ke sekolah menengah dan akhirnya barulah ke kolej perubatan.
Mengapa tidak menghantar terus anak itu ke kolej perubatan? Jawabnya jika
menghantar anak terus ke kolej perubatan dia tidak akan faham.
Allah yang
maha berkuasa lagi maha bijaksana, dia mengetahui segala-galanya. Allah tidak
turun Quran terus kepada nabi Adam tetapi mengirim utusan sedikit demi sedikit
supaya manusia boleh memahami. Semua mesej yang dikirim sebelum Quran hanya
untuk manusia zaman itu sahaja. Mesej ini terbatal bila tiba nabi baru
dilantik.
Allah SWT
mengetahui 14 ratus tahun dahulu bahawa manusia dapat memahami mesej dalam
Quran. Oleh itu Quran yang lengkap dan sempurna diturunkan dan dilantik rasul
akhir dan penutup, nabi Muhamad SAW. Quran walaupun diturunkan dalam bahasa
Arab, ia bukan untuk orang Arab atau satu puak sahaja tetapi untuk semua
manusia seluruh alam.
Mengapa
sekarang ada banyak agama. Tetapai Allah sebagai pencipta hanya mengirim satu
agama sahaja. Penganut agama masing-masing mengaku agama mereka yang benar.
Orang Hindu mengatakan Hindu adalah agama benar, orang Kristian kata Agama
Kristian agama yang benar dan orang Islam kata Islam adalah agama yang benar
dan diterima Allah.
Apa
penyelesaiannya?
Cari
persamaan yang ada dalam kitb Hindu, Bible dan Quran. Paling kurang persamaan
yang minimum. Bila dibuat kajian ketiga-tiga kitab itu mengatakan ada satu
tuhan dan tidak ada sekutu baginya. Kitab itu juga menyebut bahawa utusan Allah
yang terakhir dan penutup ialah nabi Muhamad SAW.
Ketiga-tiga
kitab menyebut tidak boleh minum arak, tidak boleh berjudi dan tidak boleh
makan babi. Ini adalah persamaan dan kita patut setuju. Jika pengetahuan anda
sedikit anda patut setuju dengan penjelasan yang diberi oleh orang lebih
mengetahui.
S11 –
Saudara dari Filifina ingin masuk Islam!
J11 – Dr
Zakir Naik
Masya Allah
saudara Filina kita mahu masuk Islam, semoga Allah SWT menerima masuk Islamnya.
Jika ingin
masuk Islam anda harus percaya bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan nabi
Muhamad adalah rasul-Nya.
Adakah anda
percaya hanya ada satu Tuhan?
“Ya”
Adakah anda
percaya tidak ada yang patut disembah kecuali Tuhan Yang Maha Kuasa, iaitu
Allah?
“Ya”
Adakah anda
percaya nabi Muhamad adalah utusan Allah?
“Ya, saya
percaya”
Jadi saya
akan membacakannya dalam bahasa Arab, anda ikut, dan selepas itu kita baca
terjemahannya, insya Allah.
Masya Allah.
Saudara,
saya baru saja mengucap dalam bahasa Arab, sekarang ertinya.
Aku naik
saksi
“Aku naik
saksi”
bahawa
“bahawa”
tiada tuhan
“tiada
tuhan”
selain Allah
“selain
Allah”
dan aku naik
saksi
“dan aku
naik saksi”
bahawa nabi
Muhamad
“bahawa nabi
Muhamad”
adalah
“adalah”
utusan
“utusan”
dan hamba
Allah.
“dan hamba
Allah”
Masya Allah,
ini terjemahan daripada apa yang baru saja anda lafaz.
Saya berdoa
kepada Allah SWT, masya Allah semoga Dia menerima keislaman mu, dan ini baik,
masya Allah, anda bersahabat di Dhubai, Alhamdulillah, di mana ramai orang
datang ke sini untuk mencari rezeki.
Percayalah,
apa yang anda dapat di sini lebih sedikit daripada yang akan anda perolehi di
akhirat nanti. Apa yang anda dapat di akhirat insya Allah jauh lebih banyak.
Semoga Allah
SWT memberikan syurga kepada anda, insya Allah
Terika kasih
saudara
“terima
kasih”
S12 – Di
mana pergi orang yang sudah mati dan apa yang berlaku terhadapnya?
J11 – Dr
Zakir Naik
Allah
berfirman dalam surah Mulk (surah 67) ayat 2 bermaksud:
Allah SWT berfirman:
اۨلَّذِيْ خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيٰوةَ لِيَبْلُوَكُمْ اَيُّكُمْ
اَحْسَنُ عَمَلًا ؕ وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْغَفُوْرُ
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" (QS. Al-Mulk: Ayat 2)
Kehidupan di
dunia ialah ujian bagi hari akhirat. Bila seseorang itu mati, ujian baginya
tamat. Tetapi keputusan bagi semua manusia sejak Adam AS hingga manusia terkhir
yang hidup atas muka bumi ini diketahui pada hari pembalasan. Keputusan
bergantung kepada amalan di atas dunia. Mereka yang baik amalannya akan pergi
ke syurga dan sebaliknya ke neraka.
Di akhirat
Tuhan akan memberi kehidupan baru dan akan dihisab amalannya. Ketika dihisab
Allah menyebut dalam Quran tiada seorang pun yang akan menyanggah kerana
anggota kita akan menjadi saksi. Mereka yang banyak dosa minta diberi peluang
sekali lagi balik ke dunia untuk membuat ibadat. Tetapi Tuhan tidak beri
peluang itu kerana sudah terlewat, ujian sudah selesai.
Pada hari
pembalasan mereka yang berjaya dengan ujian akan ke syurga dan mereka yang
gagal akan pergi ke neraka
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment