Tuesday, November 1, 2016

JEJAK DR ZAKIR NAIK (DUBAI TOUR - 3)



S6b – Untuk mematuhi peraturan cara hidup terpaksa menempuh banyak halangan. Betul atau tidak?

J6b – Dr Zakir Naik

Prefesen saya ialah doktor perubatan, untuk lulus degree sebagai doktor ujiannya berat. Lebih tinggi degree ujiannya lebih sukar.

Quran tunjuk bagaimana cara hidup. Jika anda berjaya ujian anda pergi ke syurga. Halangan sudah tentu ada, tetapi tidak semesti anda lari daripada peperiksaan. Halangan membawa anda kepada Allah SWT. Allah uji anda. Jika tidak ada halangan dalam hidup bermakna tidak ada ujian.

Allah SWT mewujudkan hidup dan mati adalah untuk menguji amalan seseorang untuk dibicara di akhirat nanti. Jika tidak ada halangan bagaimana hendak menguji. Untuk menempuh peperiksaan kita kena belajar bersungguh-sungguh supaya mencapai keputusan yang cemerlang. Jika tidak belajar bagaimana hendak lulus peperiksaan.

S6c – Dalam kitab Hindu menyebut tuhan satu dan Islam juga menyebut tuhan satu. Mana satu agama yang patut kita ikut?

J6c – Dr Zakir Naik

Firman Allah Ta’ala surah al-Imran (surah 3) ayat 64:
Allah SWT berfirman:
قُلْ يٰۤـاَهْلَ الْكِتٰبِ تَعَالَوْا اِلٰى كَلِمَةٍ سَوَآءٍۢ بَيْنَـنَا وَبَيْنَكُمْ اَلَّا نَـعْبُدَ اِلَّا اللّٰهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهٖ شَيْــئًا وَّلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا اَرْبَابًا مِّنْ دُوْنِ اللّٰهِ  ؕ  فَاِنْ تَوَلَّوْا فَقُوْلُوا اشْهَدُوْا بِاَنَّا مُسْلِمُوْنَ

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".(QS. Ali 'Imran: Ayat 64)

Perkara pertama ialah mencari persamaan. Tentukan persamaan dalam Hindu dengan Islam. Jika kita mengambil kira persamaan dalam kitab Hindu dan Quran kita dapat tahu sama ada kitab Hindu betul atau Quran yang betul. Apa yang menjadi masalah adakah kedua-dua pengikut mengetahui atau tidak persamaan itu.

Semua pengikut bersetuju ada satu tuhan dan tidak ada sekutu baginya. Persamaan lain ialah nabi Muhamad SAW adalah utusan Allah. Orang Islam sudah pasti bersetuju nabi Muhamad utusan Allah. Bagaimana dengan pengikut agama Hindu?

Banyak kitab Hindu menyebut fasal nabi Muhamad SAW. Kitab Hindu menyebut nama nabi sebagai Narasyansa. Nararsyansa jika diterjemahkan bermakna Muhamad. Jadi Muhamad SAW dengan nama Narasyansa disebut banyak tempat dalam kitab-kitab Hindu. Ada kitab Hindu menyebut Ahmad, satu daripada nama nabi Muhamad SAW. Jika anda seorang pengikut Hindu betul anda patut ikut nabi Muhamad SAW.

Sebagai contoh, dalam kitab Kalki Purana 2:4, 2:5, 2:7, 2:11 dan 2:15 menyebut bahawa kalki purana ialah utusan terakhir dan penutup. Nama bapanya Visnu Yasy. Vesnu bermakan tuhan dan Yasy bermakna hamba. Ia bermakna hamba Allah. Dalam bahasa Arab ialah Abdullah. Kita semua tahu bapa nabi Muhamad SAW ialah Abdullah. Disebut nama ibunya ialah Sumati. Sumati dalam bahasa Sankrit bermakna selamat atau aman. Dalam bahasa Arab bermakna Aminah, ibu kepada nabi Muhamad SAW.

Disebut juga insan itu dilahirkan di bandar aman yang merujuk kepada Mekah. Dia akan lahir dalam keluarga yang mulia di bandar itu. Nabi Muhamad SAW dilahirkan dalam keluarga kaum Qaris, kaum yang mulia dan ternama. Dia akan menjadi utusan yang merahmat sekalian alam sebagaiman Quran menyebut dalam surah Ambia (surah 21) ayat 107:
Allah SWT berfirman:
وَمَاۤ اَرْسَلْنٰكَ اِلَّا رَحْمَةً لِّـلْعٰلَمِيْنَ

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." (QS. Al-Anbiya: Ayat 107)

Ayat menyatakan nabi Muhamad diutuskan untuk memberi rahmat kepada sekalian alam.

Kitab itu menyebut kenabian diterima di bukit, dia berhijarah ke utara dan kembali semula. Kita semu tahu nabi Muhamad SAW berhijrah ke Madinah dam kembali semula ke Mekah. Para sahabat nabi juga disebut dalam kitab itu. Apa yang disebut dalam kitab Hindu merujuk kepada nabi Muhamad SAW

Jika anda seorang penganut Hindu betul anda bukan sahaja patut percaya kepada tuhan yang satu tetapi mesti juga percaya kepada nabi Muhamad SAW sebagai utusan terakhir dan penutup. Kitab Hindu dan Quran menyebut arak haram diminum. Kedua-dua kitab melarang judi.

Titik persamaan dalam kitab-kitab Hindu dan Quran ialah percaya kepada tuhan yang satu, tidak sekutu bagi-Nya dan Muhamad SAW adalah rasul terakhir. Jadi anda patut beriman kepada nabi Muhamad SAW dan Quran sebagai kitab terakhir.

ALHAMDULILLAH INSAN HINDU ITU DENGAN RELA HATI MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

S7 – Bila orang Islam berkawan dengan orang Hindu mereka cuba mempengaruhi orang Hindu supaya masuk Islam. Mengapa?

J7 – Dr Zakir Naik

Ambil dua orang pelajar sebagai contoh. Seorang daripadanya pelajar tingkatan 5 dan seorang lagi pelajar membuat master. Bila mereka berjumpa mana satu pelajar yang akan mengajar. Jawabnya sudah pasti pelajar master akan mengajar tingkatan 5 sebab ilmu pelajar master lebih tinggi.

Mengikut kepercayaan orang Islam, kita menganggap orang Islam pelajar master. Tugas kita ialah menyebar risalah kebenaran. Bila kita jumpa sama ada Hindu, Kristian atau Budha, kita cuba mendidik mereka supaya mendapat kerja yang baik. Kerja yang baik ialah masuk syurga. Kita tidak kedekut, kita mahu ajak semua bukan Islam masuk syurga kerana kita penuh yakin teket masuk syurga ialah melalui Islam, tidak melalui lain-lain agama.

Ada banyak syarat untuk pergi ke syurga. Mengikut Bible, mengikut kitab Hindu dan mengikut Quran untuk masuk syurga anda mesti percaya bahawa tuhan itu satu dan tidak ada sekutu bagi-Nya dan mesti percaya bahawa Muhamad SAW ialah rasul terakhir dan penutup.

S8 – Bagaimana ibu Isa, Maryam dinyatakan dalam Quran?

J8 – Dr Zakir Naik

Jika dibandingkan dengan apa yang disebut mengenai Maryam dalam Quran dan Bible, dalam Quran ada satu surah penuh dinamakan surah Maryam, ibu nabi Isa AS. Dalam semua Bible tiada satu surah penuh bernama Maryam.

Kelahiran Isa disebut dalam Bible berbeza dengan apa yang disebut dalam Quran. Dalam Bible disebut bila Jibril datang dan memberitahu Maryam bahawa dia akan diberi seorang anak lelaki. Maryam menjawab: “Bagaimana saya akan mempunyai anak sedangkan saya tidak pernah disentuh oleh orang lelaki.”

Sentuh di sini bermakna ada hubungan kelamin.

Dalam Quran surah al-Imran (surah 3) ayat 42-47:

( 42 )   Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu).
( 43 )   "Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk ".
( 44 )   Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam).
( 45 )   (Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).
( 46 )   "Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah dari orang-orang yang soleh."
( 47 )   Maryam berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?" Allah berfirman; "Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendaki-Nya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ', lalu menjadilah ia."

Dalam Quran bila Maryam menyoal malaikat Jibril: “Bagaimana saya akan dapat anak bila tiada seorang lelaki pun menyentuh saya.” Sentuh bermakna hubungan kelamin.

Malaikat Jibril menjawab: “Bila Allah berfirman qun fayaqun iaitu ‘jadilah engkau’ lalu jadilah.”

Dalam surah al-Imran (surah 3) ayat 42:

Allah SWT berfirman:

وَاِذْ قَالَتِ الْمَلٰٓئِكَةُ  يٰمَرْيَمُ اِنَّ اللّٰهَ اصْطَفٰٮكِ وَطَهَّرَكِ وَاصْطَفٰٮكِ عَلٰى  نِسَآءِ الْعٰلَمِيْنَ

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu)." (QS. Ali 'Imran: Ayat 42)

Allah memilih Maryam melebihi perempuan-perempuan seluruh alam yang sezaman dengannya. Quran diturunkan kepada orang Arab dan orang Arab tidak sebulu dengan orang Yahudi. Maryam ialah orang Yahudi dan diberi penghormatan lebih daripada perempuan lain. Ini bermakna Maryam lebih mulia daripada perempuan Arab zaman itu.

Quran menerangkan kelahiran Isa AS lebih jelas dibandingkan dengan Bible.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment