S4b –
Bagaimana manusia berhubung dengan Allah SWT.
J4b – Dr
Zakir Naik
Allah SWT
tidak memerlukan orang tengah bila berhubung dengan-Nya. Firman Allah SWT dalam
surah Ghafir (surah 40) ayat 60:
Allah SWT berfirman:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُوْنِيْۤ اَسْتَجِبْ لَـكُمْ ؕ
اِنَّ الَّذِيْنَ يَسْتَكْبِرُوْنَ عَنْ عِبَادَتِيْ سَيَدْخُلُوْنَ جَهَنَّمَ
دَاخِرِيْنَ
"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." (QS. Ghafir: Ayat 60)
Allah SWT
tidak mahu mana-mana orang menjadi pengantara. Kenapa?
Atas dunia
kita boleh melantik peguam untuk mengendalikan kes kita. Hakim tidak mengetahui
bagaimana kesalahan melainkan selepas mendengar keterangan peguam.
Allah SWT
tidak memerlukan seseorang menjelaskan kepada-Nya siapa bagus dan siapa tidak
bagus. Tetapi pada hari pembalasan Allah memberi kepada sesetengah orang untuk
menjadi pengantara. Ada hadis mengatakan keistimewaan itu diberi kepada nabi
Muhamad SAW.
Mengikut
kitab-kitab terdahulu dan juga Quran serta hadis utusan Allah (nabi-nabi)
berkomunikasi dengan Allah SWT. Kita mesti mengikut ajaran nabi SAW tetapi
berdoa kepada Allah melalui seseorang adalah dilarang dalam Islam. Kita mesti
berdoa kepada Allah SWT secara langsung, tanpa sebarang perantaraan. Nabi-nabi
boleh berhubung dengan Allah SWT tetapi Allah SWT melantik nabi-nabi dan rarul-rasul
untuk menyampaikan utusan-Nya kepada manusia.
Konsep
perantaraan ini tidak wujud dalam Islam dan juga dalam Bible. Dalam agama
Kristian konsep perantaraan ini diwujud oleh pihak gereja.
S4c – Banyak
ayat dalam Bible dan Quran menyebut fasal bahasa.
J4c – Dr
Zakir Naik
Jika anda
baca Gospel, pengikut patut dapat memahami bahasa asing dan bercakap dalam
bahasa asing. Banyak ayat Quran bercakap fasal bahasa.
Quran
menyebut dalam surah Rum (surah 30) ayat 22:
Allah SWT berfirman:
وَمِنْ اٰيٰتِهٖ خَلْقُ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ وَاخْتِلَافُ
اَلْسِنَتِكُمْ وَاَلْوَانِكُمْ ؕ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيٰتٍ
لِّلْعٰلِمِيْنَ
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan." (QS. Ar-Rum: Ayat 22)
Pada hari
pembalasan tangan anda dan segala anggota anda akan menjadi saksi. Ada banyak
hadis mengenai bahasa dan banyak tempat dalam Bible menyebut fasal bahasa.
S4d – Ada
cadangan mengatakan baca Bible edisi lama dan baca Quran
J4d – Dr
Zakir Naik
Ada edisi
lama dan ada edisi baru, tetapi kitab terakhir ialah al-Quran. Bila penganut
mengatakan kitab lama dan baru, Quran merupakan kitab terakhir dan penutup
daripada Allah SWT.
Jika anda
memiliki buku pelbagai edisi, sudah tentu anda akan membaca edisi terbaharu.
Jika anda suka edisi pertama tidak ada masalah untuk baca edisi itu tetapi baca
juga edisi terakhir.
Quran
menyebut dalam surah al-Imran (surah 3) ayat 64:
Allah SWT berfirman:
قُلْ يٰۤـاَهْلَ الْكِتٰبِ تَعَالَوْا اِلٰى كَلِمَةٍ سَوَآءٍۢ
بَيْنَـنَا وَبَيْنَكُمْ اَلَّا نَـعْبُدَ اِلَّا اللّٰهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهٖ
شَيْــئًا وَّلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا اَرْبَابًا مِّنْ دُوْنِ
اللّٰهِ ؕ فَاِنْ تَوَلَّوْا فَقُوْلُوا اشْهَدُوْا بِاَنَّا
مُسْلِمُوْنَ
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". (QS. Ali 'Imran: Ayat 64)
Jadi bila
baca kitab Bible lama dan baca Quran cari persamaan. Apa yang sama dalam
kedua-dua kitab itu ialah Tuhan satu dan Dia patut disembah, Dia tidak ada
sekutu dan seterusnya menyatakan bahawa nabi Isa bukan tuhan. Kedua-dua kitab
ini menyatakan bahawa nabi Muhamad SAW adalah utusan terkhir dan penutup.
ALHAMDULILLAH
INSAN KRISTIAN ITU DENGAN RELA HATI MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
S5 – Adakah
tuhan yang maha kuasa mewujud keamanan atau manusia tidak mewujud keamanan?
J5 – Dr
Zakir Naik
Bagi Allah
SWT sumber asas keamanan ialah ASSALAM. Jika anda tidak memahami pencipta dunia
anda tidak mencapai keamanan dan ketenangan.
Ada beberapa
jenis ketenangan. Ada orang bila memperolehi kemewahan dia memperolehi
ketenangan. Tetapi ini ketenangan sementara dan bukan keamanan dan ketenangan
sebenar. Ketenangan sebenar ialah ketenangan hati, fikiran dan ruh. Ketenangan
sebenar boleh dicapai hanya dengan mengetahui dan memahami pencipta.
Bagi mereka
yang tidak memahami pencipta samalah dengan mereka yang berjalan di padang
pasir melihat dari jauh macam air tetapi sebenarnya bukan air. Ketenangan sebenar
boleh diperolehi dari buku manual terakhir iaitu Quran.
Ramai orang
bercakap tentang keamanan dan ketenangan, sebenarnya mereka bercakap mengenai
material. Keamanan sebenar ialah ketenangan hati, fikiran dan ruh.
Islam datang
daripada perkataan Salam bermakna sejahtera. Jika anda tidak tunduk kepada
Allah selama itulah anda tidak mencapai keamanan.
ALHAMDULILLAH
INSAN KRISTIAN ITU DENGAN RELA HATI MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
S6a – Islam
bermakna cara hidup. Apa maksud cara hidup itu?
J6a – Dr
Zakir Naik
Cara hadup
bermakna bagaimana anda meneraju kehidupan. Apa yang bagus untuk anda dan apa
yang tidak bagus untuk anda. Apa yang patut anda makan dan apa yang anda tidak
patut makan. Ada perkara yang anda boleh buat dan ada perkara yang anda tidak
patut buat. Ada perkara yang yang penting dalam hidup dan lain-lain adalah
pilihan.
Quran adalah
kitab manual untuk manusia mengurus kehidupan. Sama dengan apabila kita memberi
mesin dibekalkan buku manual sebagai panduan untuk mengendalikan mesin itu.
Jadi cara hidup ialah bagaimana kita mentadbir kehidupan kita. Kita tidak boleh
merompak, tidak boleh menipu, mesti ikhlas, mesti tunduk kepada perintah Allah
dan sebagainya.
Sebelum kita
masuk peperiksaan kita baca buku teks, mengingatnya dan masuk periksa kertas
itu.
Allah sebut
dalam Quran suratul Mulk (surah 67) ayat 2:
Allah SWT berfirman:
اۨلَّذِيْ خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيٰوةَ لِيَبْلُوَكُمْ اَيُّكُمْ
اَحْسَنُ عَمَلًا ؕ وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْغَفُوْرُ
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" (QS. Al-Mulk: Ayat 2)
Oleh itu
Quran adalah buku panduan, kita baca dan jika ikut arahan betul-betul kita akan
pergi ke syurga tetapi jika langgar arahan kita akan pergi ke neraka. Ini
adalah cara hidup yang disebut dalam Quran dan hadis sahih nabi Muhamad SAW.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment