S1. Daripada
Richael, wanita Kristian
Adakah nabi
Isa disalib atau diselamatkan tanpa menderita penyaliban sama sekali.
J1. Dr Zakir
Naik
Detil dari
peristiwa ini berbeza antara Quran dan Bible. Sebagai seorang pelajar
perbandingan agama, saya tahu kedua versi itu.
Mengenai
Quran, ada dalam surah An-Nisaa (surah 4) ayat 157 dan 158:
وَّقَوْلِهِمْ اِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيْحَ عِيْسَى ابْنَ
مَرْيَمَ رَسُوْلَ اللّٰهِ ۚ وَمَا قَتَلُوْهُ وَمَا صَلَبُوْهُ
وَلٰـكِنْ شُبِّهَ لَهُمْ ؕ وَاِنَّ الَّذِيْنَ اخْتَلَـفُوْا
فِيْهِ لَفِيْ شَكٍّ مِّنْهُ ؕ مَا لَهُمْ بِهٖ مِنْ عِلْمٍ
اِلَّا اتِّبَاعَ الظَّنِّ ۚ وَمَا قَتَلُوْهُ يَقِيْنًا ۢ
"Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin." (QS. An-Nisa': Ayat 157)
بَلْ رَّفَعَهُ اللّٰهُ اِلَيْهِ ؕ وَكَانَ
اللّٰهُ عَزِيْزًا حَكِيْمًا
"Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (QS. An-Nisa': Ayat 158)
Mengikut
Quran Nabi Isa tidak dibunuh dan tidak disalib. Orang yang dibunuh dan disalib
itu diserupakan dengan nabi Isa. Nabi Isa bukan sahaja tidak dibunuh tetapi
diangkat oleh Allah. Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
Bagi orang
Islam nabi Isa tidak dibunuh dan tidak disalib dan kami yakin dengan ayat
Quran.
Nabi Isa
dibuat seakan-akan disalib. Bagaimana itu terjadi? Ada banyak teori, mungkin
seseorang mengganti tempatnya. Quran memberitahu dia tidak dibunuh dan tidak
disalib, kami yakin dan tidak terlalu ingin mencari sebab detilnya.
Jika baca
Bible, baca kisah dalam Gospelnya kita dapati para Yahudi menuduh nabi Isa
telah menghina Tuhan. Dalam Gospel Yohanes 10 ayat 31 dan 32, ketika nabi Isa
berkata: “Aku dan bapa ku satu.”
Dengan
kata-kata itu para Yahudi berpendapat bahawa nabi Isa mengaku dirinya Tuhan.
Mereka berkata:”Engkau hanya manusia biasa kenapa mengaku Tuhan?”
Di sini para
Yahudi tersalah sangka bahawa nabi Isa dikira mengaku Tuhan, dan mereka
merejamnya dengan batu.
Nabi Isa
berkata: “Banyak perkara baik yang aku perlihatkan kepada kamu, perkara manakah
yang menyebabkan kamu merejam aku dengan batu?”
Jadi
berdasarkan perkara ini nabi Isa AS kemudian disalib. Nabi Isa disalib pada
hari Jumaat tengah hari dan diturunkan daripada palang salib pada lewat petang.
Pada masa itu nabi Isa tidak mati.
Berdasarkan
kepada keterangan Bible kisah nabi Isa AS adalah cerita (prediction) dan bukan
prefixion (mati disalib)
S2 – Isa dan
Muhamad adalah dua-dua nabi, tetapi Isa lebih daripada Muhamad kerana Isa
dilahirkan secara luar biasa dan diangkat ke langit. Apakah status Isa di sisi
Islam?
J2 – Dr
Zakir Naik
Muhamad dan
Isa dua-dua nabi tetapi Isa dilahirkan tanpa ayah dan tidak mati. Dia diangkat
ke sisi Allah. Oleh kerana keadaan luar biasa penganut Kristian mengaku nabi
Isa AS sebagai tuhan.
Kita jawab
jika Isa dianggap tuhan kerana dilahir tanpa bapa maka Adam AS tuhan lebih
besar daripada Isa kerana nabi Adam dicipta tanpa ibu dan bapa.
Allah
berfirman surah Imran (surah 3) ayat 59 bermaksud:
اِنَّ مَثَلَ عِيْسٰى عِنْدَ اللّٰهِ كَمَثَلِ اٰدَمَ
ؕ خَلَقَهٗ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهٗ كُنْ فَيَكُوْنُ
"Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia." (QS. Ali 'Imran: Ayat 59)
Quran
menyebuat secara perbandingan kejadian Isa sama dengan kejadian Adam. Cuma
Allah telah menjadikan Adam daripada tanah.
Tidak
disebut dalam Quran dan juga Bible bila seseorang itu dilahirkan tanpa bapa dia
menjadi tuhan. Allah SWT jadikan begitu untuk menunjukkan kekuasaan-Nya kepada
hamba-hamba-Nya. Biasanya manusia dilahirkan dengan ibu dan ayah. Adam
dilahirkan tanpa ibu dan bapa, Hawa dilahirkan tanpa ibu dan Isa dilahirkan
tanpa bapa.
Orang Islam
percaya dan Bible juga menyebuat Isa AS tidak mati.
Allah berfirman
dalam surah an-Nisa (surah 4) ayat 157-158:
وَّقَوْلِهِمْ اِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيْحَ عِيْسَى ابْنَ
مَرْيَمَ رَسُوْلَ اللّٰهِ ۚ وَمَا قَتَلُوْهُ وَمَا صَلَبُوْهُ
وَلٰـكِنْ شُبِّهَ لَهُمْ ؕ وَاِنَّ الَّذِيْنَ اخْتَلَـفُوْا
فِيْهِ لَفِيْ شَكٍّ مِّنْهُ ؕ مَا لَهُمْ بِهٖ مِنْ عِلْمٍ
اِلَّا اتِّبَاعَ الظَّنِّ ۚ وَمَا قَتَلُوْهُ يَقِيْنًا ۢ
Dan juga (disebabkan) dakwaan
mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa
Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak
memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang
yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang
telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam
keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu
pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan
semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. (QS.
An-Nisa': Ayat 157)
بَلْ رَّفَعَهُ اللّٰهُ
اِلَيْهِ ؕ وَكَانَ اللّٰهُ عَزِيْزًا حَكِيْمًا
Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepada-Nya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Oleh kerana
pengikut nabi Isa AS telah terpesong bila menganggap nabi Isa tuhan, maka Allah
SWT mengangkat baginda di sisi-Nya supaya apabila diturun semula ke bumi nabi
Isa akan memberitahu umatnya bahawa dia tidak pernah mengaku dia tuhan. (QS.
An-Nisa': Ayat 158)
Firman Allah
SWT surah al-Maidah (Surah 5) ayat 116 bermaksud:
وَاِذْ قَالَ اللّٰهُ يٰعِيْسَى ابْنَ مَرْيَمَ ءَاَنْتَ قُلْتَ
لِلنَّاسِ اتَّخِذُوْنِيْ وَاُمِّيَ اِلٰهَيْنِ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ ؕ
قَالَ سُبْحٰنَكَ مَا يَكُوْنُ لِيْۤ اَنْ اَقُوْلَ مَا لَـيْسَ لِيْ ۙ
بِحَقٍّ ؕ اِنْ كُنْتُ قُلْتُهٗ فَقَدْ عَلِمْتَهٗ ؕ تَعْلَمُ
مَا فِيْ نَفْسِيْ وَلَاۤ اَعْلَمُ مَا فِيْ نَفْسِكَ ؕ اِنَّكَ
اَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوْبِ
( 116 )
Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam!
Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan
selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai
Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak
(mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah
mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak
mengetahui apa yang ada pada diri-Mu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang
Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib. (QS. Al-Ma'idah: Ayat
116)
Mengikut
ayat itu nabi Isa AS tidak pernah mengaku dia tuhan. Dia datang ke bumi kali
kedua bukan membawa urusan baru kerana nabi Muhamad SAW adalah utusan Allah
terakhir dan penutup. Dia datang sebagai umat nabi Muhamad SAW yang akan
menjelaskan kepada pengikutnya bahawa dia tidak pernah mengaku tuhan dan dia
hanya utusan Allah SWT.
S3 – Mengapa
perlu ada agama?
J3 – Dr
Zakir Naik
Agama
(religion) mengikut kamus Oxford bermakna percaya kepada kuasa tertinggi iaitu
tuhan yang layak disembah.
Dalam Islam
digunakan perkataan Arab ialah Din. Din dalam Islam bermakna cara hidup. Jadi
mengapa kita perlu Din (cara hidup) atau sebagaimana disebut oleh kamus,
percaya kepada tuhan. Alasannya ialah jika kita membeli sebuah mesin yang
canggih kita dibekalkan dengan sebuah buku manual arahan.
Mengapa kita
memerlukan buku manual? Kerana kita tidak tahu mengendalikan mesin itu.
Jika kita
andaikan manusia sebagai mesin maka manusia adalah mesin yang tercanggih dalam
dunia. Sudah tentu diperlukan buku manual. Buku manual terakhir bagi manusia
ialah al-Quran. Sama dengan buku manual dikeluarkan oleh pengeluar, pencipta
manusia ialah Allah yang Maha Agong, Dia tahu apa yang terbaik bagi manusia.
Dalam Quran
Allah memberi peraturan dan undang-undang. Apa yang patut dan tidak patut
dilakukan oleh manusia disebut dalam Quran. Allah SWT mengirim hanya satu agama
sahaja.
Firman Allah
Ta’ala surah al-Imran (surah 3) ayat 19:
اِنَّ الدِّيْنَ عِنْدَ اللّٰهِ الْاِسْلَامُ ۙ وَمَا
اخْتَلَفَ الَّذِيْنَ اُوْتُوا الْكِتٰبَ اِلَّا مِنْۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ
الْعِلْمُ بَغْيًا ۢ بَيْنَهُمْ ؕ وَمَنْ يَّكْفُرْ بِاٰيٰتِ اللّٰهِ
فَاِنَّ اللّٰهَ سَرِيْعُ الْحِسَابِ
"Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya."
(QS. Ali 'Imran: Ayat 19)
Agama yang
diterima Allah ialah Islam. Islam datang dengan sempurna semenjak 14 ratus
tahun dahulu dan kitab terakhir dan penutup ialah al-Quran. Semua kitab
sebelumnya, utusan asas adalah serupa iaitu percaya kepada Tuhan yang satu,
menyembah Tuhan yang sebenar yang tidak ada imeg, tidak ada patung dan kena
tunduk kepada tuhan. Jadi asasnya serupa.
Quran surah
al-Hijr (surah 15) ayat 9:
اِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَاِنَّا لَهٗ
لَحٰـفِظُوْنَ
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya." (QS. Al-Hijr: Ayat 9).
Oleh kerana
Quran merupakan kitab terakhir dan penutup Tuhan sendiri yang memeliharanya
daripada dipinda atau diubah.
Pada hari
ini semua manusia dalam dunia mesti ikut dan patuh utusan terakhir dan penutup
iaitu Muhamad SAW dan kitab terkahir dan penutup ialah kitab suci al-Quran.
Semua kitab terdahulu untuk kaum dan waktu itu sahaja dan bukan untuk semua
manusia. Allah tidak memelihara dan menjaga kitab-kitab itu kerana kitab itu
terpakai untuk kaumnya sahaja dan terbatal bila datang utusan baru.
Quran
walaupun diturun dalam bahasa Arab, ia bukan untuk orang Arab sahaja tetapi
untuk semua manusia dalam dunia. Jadi Allah memelihara kesuciannya dan semua
manusia mesti beriman dengannya.
S4a – Apakah
difinisi holly spirit mengikut Islam dan Kristian
J4a – Dr
Zakir Naik
Difinisi
holly spirit dalam Kristian tidak sama dengan Islam sebab bila orang Kristian
bercakap mengenai holly spirit mereka menganggap sebahagian daripada trinity
(tiga tuhan). Konsep trinity dalam Kristian ialah The father, the son and the
holly spirit. Perkataan trinity tidak wujud dalam mana-mana Bible.
Bila mereka
menyebut ‘Father’ mereka berfikir mengenai tuhan seperti Santa Clos, bila
bercakap tentang ‘son’ mereka berfikir mengenai nabi Isa AS seperti Jeffry
Hunter dalam film ‘King Of Kings’ dengan mata biru dan hidung yang cantik. Bila
bercakap mengenai ‘holly spirit’ mereka bercakap tentang nabi Isa telah di
baptise.
‘Spirit’
dalam Quran, bagi saya Quran menyebut mengenai malaikat Jibril yang dikirim
oleh Allah SWT dan salah satu peranannya untuk menyampai wahi kepada nabi
Muhamad SAW. Kita tidak ada masalah mengenai ‘spirit’ tetapi bukan sebahagian
daripada tuhan dan keduanya berasingan. Jibril bukan sebahagian daripada Allah
SWT dan ‘spirit’ disebut dalam Bible juga bukan sebahagian daripada Allah SWT.
Perkataan
’trinity’ tidak wujud dalam mana-mana Bible. Perkataan itu diajar oleh Gereja
bukan Bible. Perkataan ‘trinity’ disebut dua kali dalam Quran. Dalam surah
an-Nisa (surah 4) ayat 171:
يٰۤـاَهْلَ الْكِتٰبِ لَا تَغْلُوْا فِيْ دِيْـنِكُمْ وَلَا
تَقُوْلُوْا عَلَى اللّٰهِ اِلَّا الْحَـقَّ ؕ اِنَّمَا
الْمَسِيْحُ عِيْسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُوْلُ اللّٰهِ وَكَلِمَتُهٗ ۚ
اَ لْقٰٮهَاۤ اِلٰى مَرْيَمَ وَرُوْحٌ مِّنْهُ ۖ فَاٰمِنُوْا
بِاللّٰهِ وَرُسُلِهٖ ۙ ۚ وَلَا تَقُوْلُوْا
ثَلٰثَةٌ ؕ اِنْتَهُوْا خَيْرًا لَّـكُمْ
ؕ اِنَّمَا اللّٰهُ اِلٰـهٌ وَّاحِدٌ ؕ سُبْحٰنَهٗۤ
اَنْ يَّكُوْنَ لَهٗ وَلَدٌ ۘ لَهٗ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى
الْاَرْضِ ؕ وَكَفٰى بِاللّٰهِ وَكِيْلًا
"Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripada-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya)." (QS. An-Nisa': Ayat 171)
Satu lagi
dalam surah al-Maidah (surah 5) ayat 73:
لَـقَدْ كَفَرَ الَّذِيْنَ قَالُوْۤا اِنَّ اللّٰهَ ثَالِثُ
ثَلٰثَةٍ ۘ وَمَا مِنْ اِلٰهٍ اِلَّاۤ اِلٰـهٌ وَّاحِدٌ
ؕ وَاِنْ لَّمْ يَنْتَهُوْا عَمَّا يَقُوْلُوْنَ لَيَمَسَّنَّ الَّذِيْنَ
كَفَرُوْا مِنْهُمْ عَذَابٌ اَ لِيْمٌ
"Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (QS. Al-Ma'idah: Ayat 73)
Perkataan
‘trinity’ wujud dua kali dalam Quran dan dalam dua surah. Kedua-dua ayat tidak
mengizinkan menyebut ‘trinity’. Ayat yang hampir menyerupai makna ‘trinitiy’
yang disebut dalam Bible edisi lama telah dibuang dalam edisi Bible yang baru
kerana ayat-ayat itu adalah penyelewengan.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment