Tuesday, November 1, 2016

DR ZAKIR NAIK



Dr Zakir Abdul Karim Naik daripada India. Profesennya doktor perubatan dan terkenal sebagai seorang permidato hebat di peringkat antarabangsa mengenai Islam dan perbandingan agama.

Dr Zakir Naik ialah presiden Yayasan Islam, Mumbay. Dr Zakir menjelaskan pandangan Islam dan menjelaskan salah anggap tentang Islam menggunakan nas Quran dan hadis-hadis nabi Muhamad SAW dan kitab-kitab agama lain sebagai asas. Selaras dengan hujah, logik dan fakta saintifik, beliau terkenal dengan penganalisa kritikal dan jawapan yang mengkagumkan terhadap soalan-soalan yang mencabar dikemukakan oleh penuntun selepas ceramah umumnya.

Dalam masa 15 tahun yang lampau hingga tahun 2011, Dr Zakir Naik telah menyampaikan lebih daripada 1,500 permidato umum. Beliau telah menyampaikan lebih dari 1,500 ceramah umum di USA, Canada, UK, Italy, Saudi Arabia, Mesir, UIE, Quait, Qatar, Bahrain, Oman, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Boswana, Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Duyana, Trinidad, Maurises dan lain-lain negara.

Sebagai tambahan kepada banyak ceramah umum, di India, beliau telah berjaya mengambil bahagian dalam beberapa simposium dan dialog dengan watak-watak terkenal dalam agama lain. Dialog umumnya dengan Dr. William Cambel dari USA bertajuk ‘Quran dan Bible dari perspektif sains di Chicago tahun 2000 adalah sangat berjaya. Dialog perbandingan agama dengan Hindu Guru, Sri Ravi Sangka bertajuk ‘Konsep ketuhanan dalam agama Hindu dan Islam’ di Bangglo pada 21 Januari 2006 telah mendapat sanjungan yang mengkagumkan oleh orang Islam dan Hindu.

Dr Zakir Naik telah tersenarai dalam senarai 100 orang India terhebat dalam tahun 2009 dan tahun 2010. Di kalangan sepuluh guru terbaik di India, Dr Zakir Naik duduk ranking nombor 3. Dr Zakir telah diletakkan pada ‘top 62’ dalam senarai 500 orang Islam yang terpengaruh dalam dunia yang dikeluarkan oleh Universiti Georga Washington, USA.

Sheikh Ahmad Deedad, seorang pernceramah tersohor dalam Islam dan perbandingan agama dalam tahun 1994 menggelar Dr Zakir Naik sebagai ‘Deedad Plus’. Dalam tahun 2010 Sheikh Ahmad Deedad berkata kepada Dr Zakir Naik, “Anak! Apa yang anda lakukan dalam masa 4 tahun menyamai masa saya mengambil 40 tahun untuk menyempurnakan tugas dakwah.”

Dr Zakir Naik muncul secara regular dalam canel TV antarabangsa melebihi 200 buah negara dalam dunia. Dia selalu dijemput bertemu ramah dalam TV dan radio, dan lebih daripada ratusan ceramah, dialog, debat dan simposium boleh didapati dalam DVD, VCD dan sekarang dalam youtube.

Beliau juga mengarang banyak buah buku mengenai Islam dan perbandingan agama. Beliau melancarkan rangkaian ‘Peace TV’ bahasa Inggeris dalam bulan Januari tahun 2006. Rancangannya dalam ‘Peace TV’ dapat menarik penuntun Islam paling ramai di kalangan rancangan TV di dunia. Dengan views melebihi seratus milian, 20% adalah bukan Islam. Beliau telah melancarkan ‘Peace TV Urdu dalam bulan Jun, 2008 dan ‘Peace TV Bangla’ dalam bulan Jun, 2011.

Kita amat bertuah mendapat tokoh sedemikian rupa.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment