Macam mana terjadi seperti ini. Orang beriman walaupun bodoh macam
mana sekali pun tetapi ikhlas maka Allah Ta’ala selamatkan dia. Sebagai contoh
dia terikut orang tidak betul tetapi imannya ikhlas, akhirnya Allah Ta’ala
selamatkan dia dari kegelapan kepada cahaya.
Tetapi jika orang itu cerdik, belajar di Mesir, belajar di India,
belajar di Mekah, mendapat PhD bab tasawuf pula, bab akidah pula tetapi pergi
hala kegelapan.
Mengapa?
Kerana dia belajar sahaja tetapi tidak ada keimanan dan keyakinan
dalam dirinya.
Inilah bahayanya iman yang tidak ikhlas. Kalau kita ikhlas dalam
keimanan, yakin kepada Allah Ta’ala, Allah Ta’ala akan menyelamatkan kita
walaupun kita berada dalam kegelapan, kita akan dihalakan kepada cahaya.
Orang yang duduk dalam cahaya, dalam Islam, penuh dengan kitab,
boleh membaca Quran dengan tajwid, tetapi kurang percaya kepada Islam, lambat
boleh makan dan lambat mendapat harta kekayaan. Amat merbahaya jika ada
perasaan demikian.
Orang macam ini Allah Ta’ala akan mengheret dia dari cerah masuk
ke dalam gelap. Bila masuk tempat gelap, yang haram atau tidak semuanya
bercampur gaul.
Di sinilah penting iman yang sempurna, ikhlas iaitu iman yang
disimpulkan, “Dan orang-orang yang bersungguh pada jalan kami, kami tunjukkan
kepadanya jalan-jalan kami”
Disebut dalam hadis, “Ada seseorang
kamu yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga sehasta lagi hendak masuk
syurga, tiba-tiba berpaling dengan amalan ahli neraka maka dia masuk neraka.
Ada seseorang kamu yang beramal dengan ahli neraka sehingga jarak antara dia
dengan neraka sehasta lagi dengan hendak mati, tiba-tiba beramal dengan ahli
syurga, maka dia masuk syurga”.
Ini menunjukkan bahawa seseorang itu perlu mendapat pertolongan
daripada Allah. Di sinilah hikmatnya tiap-tiap rakaat sembahyang, “Tunjukkanlah
kami jalan yang lurus (benar), jalan yang engkau memberi nikmat ke atas mereka
iaitulah nabi-nabi, siddiqin, syuhadat dan orang-orang yang soleh, bukan
jalan yang engkau murka ke atas mereka iaitulah jalan orang yang faham, tahu,
ahli kitab, ustaz-ustaz, ulamak yang tahu tetapi tidak ikut apa yang dia
mengetahui, dan bukannya jalan orang-orang yang sesat”.
Perlunya kita memohon hidayat daripada Allah setiap rakaat
sembahyang supaya Allah Ta’ala bersama dengan kita, mendinding kita dan Allah
Ta’ala menyebut, “Mereka itulah orang-orang yang kafir yang dipimpin oleh
taughut yang mengheret mereka masuk dalam kegelapan dan habis masuk neraka
belaka dan mereka kekal selama-lamanya dalam neraka itu”
Waliaya zabillah, Nauzubillahiminzalik.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment