Firman Allah
Ta’ala maksudnya, “Dan akan kekal zat tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan
kemuliaan”.
Berkata
al-Mandiri RA yang berkekalan selama-lamanya yang tiada menerima binasa. Allah
Ta’ala itu kekal selama-lamanya. Makhluk yang lain tidak kekal, dibinasakan,
dimusnahkan, ada mati, akan berlakunya kiamat dan di sana ada makhluk yang
dikekalkan oleh Allah Ta’ala.
Syurga dan
neraka dikekalkan selama-lamanya. Itu adalah kekal arazi (kekal yang
mendatang), bukan kekal yang asal. Allah Ta’ala kekal yang asal. Syurga dan
neraka kekal kerana Allah Ta’ala yang menjadikannya kekal di bawah perintah
Allah Ta’ala.
Allah Ta’ala
kekal-Nya tidak di bawah perintah sesiapa, tidak dijadikan oleh sesiapa, Dia
sendiri kekal selama-lamanya.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment