Firman Allah
Ta’ala suratul Baqarah ayat 117 maksudnya, “Yang menciptakan langit dan bumi”.
Berkata
al-Hulaimi RA maknanya yang menjadikan sesuatu yang tidak pernah ada, tanpa
sebarang contoh.
Berkata
al-Mandiri RA Dialah yang meneguhkan tiap-tiap sesuatu yang menjadikan sesuatu
atau menjadikan segala perkara dengan setiap contohnya.
Allah Ta’ala
menjadikan makhluk-Nya tanpa memerlukan contoh. Kita apabaila hendak membuat
suatu benda hendak melihat contoh lebih dahulu baharulah boleh membuatnya.
Allah Ta’ala tidak memerlukan contoh. Allah Ta’ala menjadikan sesuatu dengan
tidak payah contoh sebelum daripadanya.
Itulah
kehebatan Allah Ta’ala yang Maha Pencipta menjadikan sesuatu mengikut apa yang
dikehendaki, apa yang Dia mahu dengan indah, dengan baik tidak ada contoh
sebleum daripadanya.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment