Thursday, November 17, 2016

AMANAH DALAM MEMILIH PEMIMPIN



Pemimpin yang adil ialah pemimpin yang memperhambakan diri kepada Allah iaitu pemimpin yang ada perhitungan dosa dan pahala bila memerintah negara. Wajib berlaku adil, kalau membuat zalim berdosa dan masuk neraka pada hari kiamat.

Rakyat diajar supaya taat kepada pemimpin yang adil. Jika pemimpin memerintah tidak adil rakyat tidak boleh taat. Jika layak pecat kena pecatnya.

Nabi berpesan dalam satu hadis: “Di atas seseorang pemimpin kamu boleh dengar, kamu boleh taat selagi dia tidak menyuruh dalam perkara maksiat. Bila dia menyuruh dalam perkara kemungkaran tidak harus dan patuh lagi.”

Bila Abu Bakar dipilih menjadi khalifah selepas wafatnya nabi Muhamad s.a.w. menyampaikan ucapan: “Wahai tuan-tuan saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal saya bukan orang yang paling baik di kalangan kamu, sekiranya saya baik taat kepada saya, sekiranya saya tidak betul perbetulkan saya. Benar adalah amanah dan bohong adalah khianat. Taat kepada saya selagi saya taat kepada Allah dan rasul. Jika saya tidak taat kepada Allah dan rasul jangan taat kepada saya.”

Orang Eropah tidak tahu memilih pemimpin secara demokrasi, tidak tahu memilih pemimpin secara pilihan raya melainkan setelah mereka belajar daripada kitab-kitab yang dikarang oleh ulamak-ulamak Islam dalam ilmu politik.

Mereka membaca kitab Ahkam Sultaniah karangan al-Mawardi, mereka membaca Mukaddimah Ibni Khaldum dan mereka membaca Siasah Syariah karangan Ibni Tarmiyah.
 
Sebelum itu jika tidak setuju dengan kerajaan mereka tangkap raja dan perdana menteri lalu disembelih. Di Perancis bila tidak bersetuju dengan pemerintah, mereka pancung kepala raja dan menteri-menteri.

Setelah mereka membaca kitab-kitab yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, bahasa Latin, bahasa Belanda, bahasa Peranchis dan Jerman baharulah orang putih membuat demokrasi modern.

Tiap-tiap lima tahun rakyat diberi peluang untuk menilai pemimpin yang memerintah dan parti yang bertanding. Jika parti yang memerintah itu elok, memerintah negeri dengan adil, rakyat selesa dan aman maka rakyat memilih mereka lagi.

Jika parti dan pemimpin yang memerintah itu lemah, rasuah dan tidak aman rakyat menolak mereka. Rakyat memilih pemimpin lain dan parti lain memerintah.

Nabi menyebut dalam satu hadis: “Barangsiapa yang memilih pemimpin kerana hartanya, duitnya dan bukan kerana agama dan amanah maka dia telah mengkhianati Allah dan rasul-Nya.”

Nabi menyebut dalam hadis: “Barangsiapa menjadi pemimpin dan menipu rakyat, menang dengan penipuan tidak mencium bau syurga.”
 
Tetapi kita hari ini mengaku Islam tetapi memilih pemimpin yang dapat beri wang. Kita fikir agama Islam ini dalam bab sembahyang dan ibadat sahaja. Pergi masjid hari-hari, membuat umrah acap kali dan buat haji beberapa kali tetapi bab politik dan bab memilih pemimpin tidak kena mengena dengan agama. 

Ini kerana ada golongan yang mengajar dan mendidik begitu menyebabkab ada kalangan kita memilih pemimpin kerana beri wang.

Nabi menyebut dalam hadis: “Ingat ambil pemberian kalau pemberian itu hak kamu. Kalau pemberian itu rasuah dalam perkara agama, maka jangan kamu mengambilnya. Jika kamu mengambilnya kamu akan menjadi bangsat sampai bila-bila. Jika kamu tidak mengambilnya tuhan akan menghalang kamu daripada menjadi bangsat dan berhajat kepada orang lain.”

Mengapa ramai orang Melayu kita bangsat. Kerana hasil diperolehi akibat memilih pemimpin bukan kerana amanah untuk menegak syariat Allah dan memerintah negara. Mereka dilihat kaya raya tetapi bila mati hutang ditanggung tidak mampu ditampung oleh aset mereka.

Jadi pemimpin hendaklah memperhambakan diri kepada tuhan pemilik dunia ini. Memperhambakan diri kepada tuhan bukan sahaja bab sembahyang termasuk bab politik memerintah negara.

KULIAH YT



No comments:

Post a Comment