Thursday, November 17, 2016

HAJI DAN UMRAH UNTUK ORANG UZUR


Sabda Rasulullah s.a.w: 
 
“Dan daripadanya (yakni Ibni Abas r.a.) bahawa seorang perempuan berkata kepada Rasulullah s.a.w “wahai Rasulullah sesungguhnya fardu Allah berkenaan dengan haji diwajibkan ke atas hamba-hambanya telah mengenai ayah saya yang terlalu tua dan tidak boleh menetap di atas kenderaan. Adakah boleh saya mengerjakan haji untuknya? Jawab Rasulullah s.a.w “Ya” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis ini menunjukkan bahawa ibadat haji kepada orang yang tidak mampu mengerjakan haji dengan sebab uzur atau sakit berat yang tidak ada harapan lagi untuk sembuh penyakitnya. Orang ini dibolehkan membuat haji untuknya berdasarkan kepada hadis ini.

Nabi membenarkan seorang perempuan mengerjakan haji untuk ayahnya yang terlalu tua.

Hadis ini menunjukkan bahawa orang perempuan sebagaimana orang lelaki menuntut ilmu apa lagi ilmu agama. Menuntut ilmu agama WAJIB di atas lelaki dan perempuan.

Sabda Rasulullah s.a.w: (Hadis riwayat Abu Daud, al-Tarmizi, Hadis Hasan dan sahih)

“Dan daripada Lakib bin Amir r.a. bahawasanya dia datang menemui nabi s.a.w lalu berkata sesungguhnya ayah saya seorang yang sudah terlalu tua tidak mampu lagi mengerjakan haji dan umrah dan tidak mampu berada di atas kenderaan. Sabda Rasulullah s.a.w “Hajilah untuk ayah dan berumrah untuknya.”

Ada hadis ini sama maksud dengan hadis di atas. Orang lelaki bertanya nabi s.a.w. soalan yang sama. Bezanya hadis ini menambah umrah. Boleh juga membuat umrah untuk orang uzur.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment