Thursday, November 17, 2016

HAJI KANAK-KANAK.



Sabda Rasulullah s.a.w.

“Dan dari Said bin Yazid r.a. katanya dikerjakan haji untuk aku bersama Rasulullah s.a.w pada haji wadak ketika itu saya berumur baru tujuh tahun.” Hadis riwayat Bukhari.

adis
Hadis ini menunjukkan bahawa kanak-kanak boleh dibawa mengerjakan haji walaupun dia belum baligh. Jika mumaiyid dan dia boleh buat sendiri amalan haji maka dia mendapat pahala tetapi tidak terlepas dengan wajib haji. Bila baligh dan berkemampuan mesti membuat hajinya sendiri.

Kanak-kanak yang berumur tujuh tahun sah hajinya. Ini untuk menggalakkan kanak-kanak itu mengerjakan ibadat.

Haji wadak ini puluhan ribu para sahabat mengerjakan haji bersama Rasulullah s.a.w. Nabi mengerjakan sekali sahaja haji. Lepas itu nabi wafat.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Dan dari Ibni Abas r.a. bahawa nabi s.a.w. bertemu dengan satu rombongan di Rauhah lalu dia berkata siapa kaum rombongan yang ramai itu kata mereka, mereka ialah orang-orang Islam. Lalu mereka bertanya siapa kamu? (mereka tidak kenal nabi). Jawab nabi s.a.w “Aku Rasulullah”

Tiba-tiba seorang perempuan mengangkat anaknya dan berkata: “Adakah untuk ini haji?” Jawab nabi s.a.w. “Ya dan engkau mendapat pahala.”  Hadis riwayat Muslim.

Hadis ini menunjukkan bahawa boleh kita membawa kanak-kanak walaupun kanak-kanak itu tidak mumaiyik. Kerjakan haji bersama dengan kanak-kanak itu. Towaf bersama dengan dia dan niat juga untuk dia. Syair dan wuquf bersama. Kanak-kanak juga mendapat kelebihan haji bersama dengan kita.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment