Thursday, November 17, 2016

BEBERAPA PERISTIWA MASA HAJI


1. Zaman Saidina Umar Ibni al-Khattab r.a. ketika mengerjakan haji, seorang raja, raja Baghdad, raja Kristiaan yang masuk Islam pergi haji dan semasa tawaf memakai pakaian yang labuh dan besar. Pakainnya terpijak oleh orang Badwi lalu ditampar orang Badwi itu.

Kemudian orang Badwi itu mengadu kepada Saidina Umar. Saidina Umar pun memanggil raja itu dan bertanya mengapa tampar Badwi itu.

Raja itu menjawab: “Saya raja dia ini orang Badwi.”

Saidina Umar kata: “Di sini tidak ada beza antara raja dan orang biasa. Dalam Islam kena hukum qisas (hukum balas) Saidina Umar menyuruh orang Badwi menampar balas.”

Diriwayatkan pada waktu malam raja itu melarikan diri menjadi murtad.

Disebut dalam Quran sama sahaja orang duduk di Mekah dengan orang darat yang datang dari jauh.

2.  Di zaman Harunal Rasyid.

Harunal Rasyid ialah seorang khalifah di zaman Abasiah yang terkenal dengan alim, datang mengerjakan haji. Harunal Rasyid ini membuat giliran. Tahun ini pergi berperang dan tahun hadapan pergi haji.

Pada tahun dia pergi haji, masa tawaf dia mengarahkan bala tenteranya membuat kawalan supaya dia dapat mengucup batu Hajaral Aswad. Tiba-tiba semasa kawalan itu seorang hamba Allah yang tidak dikenali menembusi kawalan terus memintas dan mengucup Hajaral Aswad.

Lalu hamba Allah itu dipegang oleh pengawal keselamatan. Harunal Rasyid kata: “Tidakkah kamu tahu ada arahan. Aku ini khalifah, ketua negara. Orang lain tidak dibenarkan masuk.”

“Ya Harun (tidak panggil amirul mukminin) kamu tidak tahu firman Allah Ta’ala: “Sama saja orang yang duduk di Mekah dengan orang luar.” Kata hamba Allah itu.

Bila dengar baca Quran Harunal Rasyid terkecut kerana ini bukan sembarangan orang boleh berdalil dengan Quran. “Biarkan, biarkan” Kata Harunal Rasyid.

Setelah selesai tawaf dipanggilnya hamba Allah itu dan disoal. Semua soalan dijawab dengan mudah menandakan hamba Allah ini bukan calang-calang orang.

Dia kata: “Ya Harun sekarang aku hendak tanya kamu pula.”

Antara soalan: “Apakah hukum satu empat puluh dan apakah hukum satu dua belas.”

Harunal Rasyid: “Aku tenggelam dalam kejahilan kalau kamu tidak boleh tolong aku, aku tidak boleh menyelamatkan diri daripada kejahilan.”

Hamba Allah jawab: “Hukum satu empat puluh ialah zakat kambing. Empat puluh ekur kena keluar zakat seekur. Satu dua belas ialah puasa Ramadan. Setahun ada dua belas bulan dan sebulan kena puasa.”

Lalu Harunal Rasyid tanya: “Kamu ini siapa dia?”

Jawabnya: “Aku hamba Allah”

Setelah didesak baharulah hamba Allah itu jawab: “Akulah Imam Musa al-Khadi.”

Beliau ialah salah seorang imam dalam mazhab Imamiah Jaafariah. Tetapi dia tidak menyeleweng sebagaimana sesetengah Syiah. Dia seorang mustahid, seorang alim yang terkenal dan Harunal Rasyid membebaskannya.

Khalifah-khalifah zaman dahulu bersabar terhadap rakyatnya termasuk dalam masa mengerjakan haji. Amat malang kalau kita tidak sabar semasa mengerjakan haji yang tidak melayakkan kita mendapat haji Mabrur.

KULIAH TAFSIR YT


No comments:

Post a Comment