Thursday, November 17, 2016

KELEBIHAN BERPUASA HARI ARAFAT (BUKAN JAMAAH HAJI)



Kita disunatkan puasa pada hari Arafat (9 Zulhijjah) dan juga hari Asyura (sepuluh Muharam) dan hari Thatu’at (Sembilan Muharam).

Berpuasa pada 9 Zulhijjah dikenali hari Arafah.

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Dari Abi Khatadah r.a katanya ditanya akan Rasulullah s.a.w. berkenaan puasa hari Arafah katanya menebus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang.” Hadis riwayat Muslim.

Hadis ini menyatakan kelebihan berpuasa pada hari Arafat. Sekarang kita bertelingkah fasal hari raya Haji. Di Mekah awal sehari di negeri kita lewat sehari. Mana satu hendak dipakai. Sepatutnya kita orang Islam boleh berbincang dengan sebaik-baiknya.

Apa yang penting kita pakailah bulan Zulhijjah. Hendak ikut Mekah boleh dan hendak ikut anak bulan negeri kita pun boleh. Bulan Zulhijjah tetap wujud. 

Paling baik puasa semua sembilan hari awal bulan Zulhijjah kerana pahalanya sangat besar. Puasa ini boleh menghapuskan dosa-dosa tahun sebelumnya dan tahun yang akan datang. Dosa di sini ialah dosa-dosa kecil sahaja yang berkait dengan hak Allah Ta’ala.

Dosa besar berhajat kepada bertaubat dengan taubat nasyuha.

Dosa berkait dengan manusia kena minta halal dengan manusia sekiranya tidak mendatangkan apa fitnah. Jika minta halal dengannya boleh mendatangkan fitnah kita minta Allah Ta’ala mengampunkan dosa kita dan dosa orang yang kita membuat zalim terhadapnya.

Dosa kecil jika banyak dia menjadi besar macam bukit juga. Jadi dosa kecil tidak boleh dipandang kecil. Antara cara menghilangkan dosa kecil ialah berpuasa sunat seperti berpuasa pada hari Arafah.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment